Bermula minggu ini, ramai menteri yang memulakan kerja mereka selepas majlis angkat sumpah yang diadakan pada hujung minggu lepas.
Antara yang menarik perhatian ialah Kementerian Pengangkutan yang diterajui oleh menterinya, Anthony Loke, beliau membuat spot check secara mengejut untuk melihat permasalahan yang berlaku di LRT laluan Kelana Jaya.
Hari ini, sebuah sidang media diadakan dan Anthony Loke sekali lagi mendapat perhatian apabila beliau mengelak daripada menjawab persoalan berkaitan parti politik dalam sidang media berkaitan kementerian.
Saya tidak akan jawab soalan berkaitan politik jika dalam kementerian – Anthony Loke #AWANInews #KerajaanPerpaduan pic.twitter.com/NtispnODzd
— Astro AWANI (@501Awani) December 6, 2022
Bukan beliau sahaja, Mohamad Hasan atau lebih dikenali sebagai Tok Mat yang merupakan Menteri Pertahanan juga melakukan perkara yang sama, apabila ditanya oleh pihak media berkaitan parti politik, beliau mengelak dan sebaliknya meminta pihak media untuk tidak mencampurkan kedua-dua perkara itu.
“Tanya tentang pertahanan sahaja lah, nanti kalau nak tanya pasal UMNO dekat pejabat UMNO.” katanya.
Loving the professionalism. Tok Mat antara ahli politik UMNO yang aku pandang tinggi 🫰 https://t.co/y0TZCpEjDK
— Syafiq (@syafiqunzir) December 6, 2022
“Profesional betul”
Kedua-dua menteri yang baru sahaja dilantik itu mendapat pujian ramai netizen, rata-rata kagum dengan sikap profesional yang ditonjolkan oleh kedua-dua mereka yang tidak mencampur adukkan urusan kementerian dengan urusan parti politik.
Respek!
Baca: Menteri Pengangkutan Senyap-senyap Naik LRT Kelana Jaya, Pantau Servis Tren Waktu ‘Peak Hour’