in

Dah Jadi Trend, JPJ Tak Pernah Luluskan Pemasangan Lampu ‘Albino’

Lampu Albino

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Trend pemilik kenderaan yang me­nukar cover lampu kenderaan menjadi warna putih sepenuh­nya atau lebih popular disebut lampu ‘albino’ dikhuatiri boleh mengundang risiko kemalangan atau kecelakaan jalan raya.

Jika sebelum ini dianggap tiada sebarang kesalahan, mungkin pemilik kenderaan yang memasang lampu ‘albino’ perlu berhati-hati kerana didapati aksesori berkenaan tidak mempunyai kelulusan daripada Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ).


Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook berkata, tindakan penguatkuasaan boleh diambil jika didapati menjejaskan pengguna jalan raya lain.

Lead 2

Jelasnya, pemasangan lampu berkenaan, termasuk yang semakin banyak digunakan pada lori dan kenderaan lain di lebuh raya, dibuat tanpa sebarang kelulusan teknikal daripada JPJ.

Menurut beliau, kerajaan memandang serius trend pemasangan lampu itu dan sedang meneliti kesannya sebelum membuat keputusan lanjut berhubung penggunaannya.

“Setakat ini memang tiada kelulusan teknikal diberikan untuk pemasangan lampu berkenaan. Ia dibuat secara sukarela oleh pemilik kenderaan.”

Artikel berkaitan: Anthony Loke Perjelas Sebab Kenapa Tak Boleh Sewenang-wenangnya Batal Lesen Memandu OKU Mental

Artikel berkaitan: Anggota JPJ Bakal Guna Kamera Badan Tidak Lama Lagi – KP JPJ

Jelasnya, sekiranya pemasangan lampu berkenaan membantu dari segi keselamatan pemilik kenderaan, pihaknya akan mempertimbangkan.

Namun, jika didapati penggunaan lampu itu mengganggu atau memberi kesan kepada pengguna jalan raya lain, tindakan penguatkuasaan akan diambil.

Sumber: Kosmo!

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.