Seramai 60,000 pelajar disasarkan menerima manfaat menerusi program khas MyLesen B2 Sekolah (MyB2S) 2026 dengan peruntukan sekitar RM18.5 juta.
Menteri Pengangkutan, Anthony Loke berkata program Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) dengan kerjasama Kementerian Pendidikan (KPM) itu diperkenalkan bagi membantu pelajar mendapatkan lesen motosikal secara sah selain meningkatkan kesedaran keselamatan jalan raya.

“Program ini dilaksanakan susulan keprihatinan kerajaan terhadap isu penunggang motosikal dalam kalangan pelajar yang masih tidak memiliki lesen memandu sah, khususnya di kawasan luar bandar,” katanya ketika melancarkan program itu pada 11 Mei.

Artikel berkaitan: “Malaysia masih ‘car-centric’” – Kerajaan Tak Kawal Jumlah Kenderaan, Fokus Tingkatkan Pengangkutan Awam
Artikel berkaitan: LRT 3 Dalam Fasa Akhir Ujian, Dijangka Mula Beroperasi Hujung Tahun
Anthony turut mengingatkan pelajar supaya menghadiri semua sesi program latihan sebelum menduduki ujian lesen.

Dalam masa sama, beliau memaklumkan Program MyLesen B2 sedia ada yang diperkenalkan sejak 2023 diteruskan tahun ini dengan sasaran 30,000 peserta menerusi peruntukan RM10.5 juta.

Menurut statistik semasa, lebih 65% atau sekitar 4,500 kematian akibat nahas jalan raya melibatkan penunggang dan pembonceng motosikal, majoritinya golongan bawah 30 tahun.
Sumber: BERNAMA
