in

Tak Faham, Tampar!

Asing

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Lobak Merah
Lobak Merah
Tak Faham, Tampar!
Loading
/

Hari ini tular satu video di laman Facebook yang menunjukkan seorang pegawai lelaki bertindak kasar dan melayan seorang individu di kaunter jabatan kerajaan dengan cara yang sangat tidak profesional.


Menurut Harian Metro, lelaki tersebut dipercayai seorang pegawai di Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) dilihat menampar seorang warga asing. Setelah rakaman video berdurasi 9 saat itu tular, pegawai imegresen tersebut dilaporkan telah ditahan kerja. Haa kan dah kena!

34017479 673127989693542 6554427003469037568 N
sumber: facebook

Pengarah Imegresen Johor Datuk Rohaizi Bahari mengesahkan bahawa kejadian tersebut berlaku di pejabat Bahagian Penguatkuasaan JIM di Wisma Persekutuan Johor Bahru kira-kira jam 9 pagi.

Ketua Pengarah Imigresen Datuk Seri Mustafar Ali menjelaskan bahawa pihak mereka memandang serius insiden ini dan pengurusan tertinggi JIM sudahpun mengambil tindakan serta-merta terhadap pegawai berkenaan.

“Perlakuan pegawai terbabit jelas menjejaskan imej jabatan dan bertindak bertentangan kod etika jabatan serta perkhidmatan awam.”

33923600 673128016360206 5798406244184096768 N
sumber: facebook

“Pihak jabatan tidak akan berkompromi terhadap pegawainya yang melakukan pelanggaran integriti sehingga mencemarkan nama baik dan imej jabatan serta tidak akan melindungi mereka yang melakukan kesalahan sedemikian.”

Mustafar juga menegaskan bahawa mana-mana pegawai yang melakukan kesalahan akan diambil tindakan serius tanpa kompromi termasuk dibuang kerja. JIM jugak tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan tatatertib terhadap mereka yang terlibat.

“Kami tidak akan berkompromi dengan tindakan pegawai itu dan sudah mengambil tindakan terhadapnya,” kata Rohaizi.

33864852 673127949693546 1878033810918998016 N
sumber: facebook

Siasatan awal menunjukkan kejadian terjadi kerana warga Myanmar tersebut tidak faham arahan yang diberikan walaupun telah berulang-ulang kali diterangkan oleh pegawai bertugas.

Dahsyatnya kena tampar sebab tak faham. Apa pendapat korang?

Cuba tengok rakaman video ni:

Sumber: Facebook

Baca: Pelanggan Meluru Masuk Pasaraya di Seremban, Tiba-tiba Tampar Pekerja Tanpa Usul Periksa

Tm

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.