in

Pelanggan Meluru Masuk Pasaraya di Seremban, Tiba-tiba Tampar Pekerja Tanpa Usul Periksa

Tampar Pekerja

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Lobak Merah
Lobak Merah
Pelanggan Meluru Masuk Pasaraya di Seremban, Tiba-tiba Tampar Pekerja Tanpa Usul Periksa
Loading
/

Customer is always right. Selalu kita dengar ayat ini di mana-mana. Kehendak pelanggan pastinya harus dituruti, namun tidak semua yang dilakukan oleh mereka itu betul. Ini terbukti apabila tular satu video di laman sosial menunjukkan seorang pelanggan berkelakuan yang tidak sepatutnya di Seremban.


Menurut Utusan, tular satu rakaman video di laman sosial menunjukkan seorang lelaki yang dipercayai pelanggan menampar pekerja sebuah pasaraya di Oakland Seremban 2. Dalam kejadian yang dirakam kamera litar tertutup itu, pelanggan tersebut dilihat tiba-tiba meluru masuk ke dalam bahagian memproses ayam pasar tersebut.

K6 1
sumber: facebook
K2 3
sumber: facebook

Rakaman video kamera litar tertutup berdurasi 42 saat itu kemudiannya menunjukkan pelanggan berkenaan terserempak dengan lelaki yang dipercayai seorang pekerja. Tanpa sebarang persoalan, pelanggan tersebut terus menarik rambut mangsa lalu menamparnya.

Mangsa yang ditampar kelihatan tergamam dengan apa yang berlaku namun tidak membalas. Beberapa orang individu termasuk seorang wanita bertudung dan pekerja pasaraya itu yang lain dilihat menenangkan pelanggan tersebut dan membawanya keluar dari kawasan itu.

Walaupun tidak membalas tindakan pelanggan tersebut, pekerja itu telah membuat laporan polis dan melaporkan insiden yang berlaku. Mangsa yang berusia 18 tahun terbabit dikatakan baru sebulan bekerja di pasaraya tersebut.

K3 3
sumber: facebook
K4 3
sumber: facebook

Dalam laporan yang dibuat, pelanggan berkenaan didakwa telah meminta seorang rakan sekerja remaja berkenaan untuk memotong ayam yang mahu dibelinya. Sewaktu meluru masuk ke dalam pasar, pelanggan itu dikatakan telah bertanya tentang ayam kepada mangsa. Namun, mangsa menjawab tidak tahu menyebabkan pelanggan itu berang lalu menamparnya. Eh dah lah salah tampar orang!

Remaja itu mengadu sakit di bahagian pipi kiri dan pening akibat kejadian yang menimpanya. Ketua Polis daerah, Asisten Komisioner Thiew Hock Poh ketika mengesahkan bahawa pihaknya ada menerima laporan kejadian dan masih menyiasat perkara tersebut.

Dah lah selamba masuk ke dalam, takde adab lepas tu salah orang pulak!

Tonton video pekerja tersebut ditampar pelanggan di bawah:

Sumber: Facebook

Baca: “Nak solat juga? Sila resign” – Kedai Sukan Ugut Pekerja Muslim Yang Ingin Solat Waktu Kerja

Klkl

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.