Tak Bayar Mutaah & Hutang Perkahwinan RM108K, Bekas Peserta Program Lawak Dipenjara 10 Hari

Jadikan sumber pilihan di Google
Tak Bayar Mutaah & Hutang Perkahwinan RM108K, Bekas Peserta Program Lawak Dipenjara 10 Hari

Seorang bekas peserta program realiti nyanyian dan komedi tempatan diarah menjalani hukuman penjara selama 10 hari oleh Mahkamah Rendah Syariah Petaling bermula hari ini.

Hukuman tersebut dijatuhkan oleh Hakim Syarie, Mohd Saifullah Hamzah, berikutan kegagalan lelaki berkenaan mematuhi perintah mahkamah untuk menjelaskan tuntutan mutaah dan hutang dalam perkahwinan berjumlah RM108,200.


Artikel berkaitan: Buat Aksi ‘Superman’ Dekat Kuantan, 3 Remaja Perempuan Ditahan & Dihadapkan Ke Mahkamah 

Artikel berkaitan: Guru Tergamak Gadai Laptop Pelajar Sebab Nak Bayar Hutang Online

 

View on Threads

 

Peguam Syarie yang mewakili bekas isteri (Pemiutang Penghakiman), Nurul Hanan Jasmin daripada Tetuan NAI Hanan & Partners, mengesahkan bahawa tiada sebarang pembayaran dibuat oleh individu berkenaan walaupun bayaran sepatutnya dijelaskan selewat-lewatnya pada September dan Oktober 2025.

“Kes ini membabitkan dua tuntutan yang difailkan bekas isteri, iaitu tuntutan mutaah dan hutang dalam perkahwinan. Bagaimanapun, sehingga hari ini, tiada sebarang bayaran dibuat walaupun sesen,” katanya.

Meskipun diberikan ruang dan peluang melalui Notis Tunjuk Sebab untuk menjelaskan mengapa beliau tidak patut dipenjarakan, pihak mahkamah mendapati alasan yang dikemukakan adalah tidak memadai dan tidak munasabah.

Hakim Syarie turut menasihati selebriti berkenaan agar menggunakan kedudukannya sebagai public figure untuk menunjukkan contoh yang baik kepada masyarakat, terutamanya dalam menghormati dan mematuhi perintah mahkamah.

Pihak peguam turut menegaskan bahawa hukuman penjara 10 hari ini tidak melupuskan hutang asal.

Sebaik sahaja selesai menjalani hukuman, kewajipan bekas peserta program lawak itu untuk melunaskan tunggakan RM108,200 tetap kekal. Sekiranya masih ingkar, tindakan penguatkuasaan undang-undang seterusnya bakal diambil.

Sumber: Berita Harian

Apa rasa korang?

Ikut topik ni

Syaziyah Sharif
Semua tulisan Syaziyah

Seorang penulis yang cintakan seni muzik dan sentiasa mencuba untuk bercakap dengan kucing.

Reels

Rehat kejap. Leret, tonton, gelak.

Dengar

Masuk ke Lobak Merah

Akaun pembaca Lobak Merah dibuka tak lama lagi. Nanti korang boleh simpan cerita yang korang suka dan sambung baca bila-bila masa.

Kongsi cerita ni

Tak Bayar Mutaah & Hutang Perkahwinan RM108K, Bekas Peserta Program Lawak Dipenjara 10 Hari
Facebook X Telegram Threads
lobakmerah.com/tak-bayar-mutaah-hutang-perkahwinan-rm108k-bekas-peserta-program-lawak-dipenjara-10-hari/

Cari cerita

Carian tengah naik

  1. featured
  2. malaysia
  3. viral
  4. netizen