Kerajaan Malaysia menegaskan tidak pernah memberikan sebarang sokongan, kebenaran mahupun pengiktirafan kepada mana-mana individu tempatan yang menyertai pertandingan ratu cantik transgender di Bangkok, Thailand pada 30 Ogos lalu.
Dalam laporan Sinar Harian, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Dr Zulkifli Hasan berkata, tindakan individu berkenaan secara terang-terangan mencemarkan imej Malaysia di peringkat antarabangsa, selain bertentangan dengan prinsip ajaran Islam, norma budaya tempatan serta nilai kesopanan dan kesusilaan negara.
Artikel berkaitan: Kembali Ke Fitrah Asal, Wanita Transgender Tunai Umrah Sebagai Lelaki
Artikel berkaitan: Bekas Ratu Cantik Buat Laporan Polis, Dicab*l Sami Di Sebuah Kuil Di Sepang
Haram Di Sisi Syarak & Undang-Undang
Menurut kenyataan rasmi beliau, perbuatan menyerupai jantina berlawanan (tasyabbuh) serta mempromosikan gaya hidup transgender merupakan suatu perbuatan yang haram di sisi hukum Syarak.
@sashindonesia Go Malaysia #MissEqualityWorld2026 #sashindonesia🇮🇩
“Penganjuran atau penyertaan dalam acara sedemikian tidak pernah mendapat sebarang sokongan, kebenaran, atau pengiktirafan daripada pihak berkuasa agama mahupun Kerajaan Malaysia.
Masyarakat dianjurkan agar tidak mensensasi atau mengagung-agungkan perkara yang menyalahi syariat, sebaliknya bersama-sama mempertahankan nilai moral dan akidah ummah,” katanya.
Penegasan tersebut dibuat berikutan tularnya sebuah rakaman video di media sosial yang memaparkan seorang individu didakwa bertindak sebagai ‘wakil Malaysia’ dalam pertandingan ratu cantik transgender peringkat antarabangsa di negara jiran berkenaan.
Susulan kejadian itu, pihak berkuasa agama dengan kerjasama agensi kerajaan berkaitan kini sedang meneliti tindakan susulan yang boleh diambil berasaskan peruntukan undang-undang sedia ada.
Sumber: TikTok, Sinar Harian
