in

“Tak ada yang serius” – Cik B Positif COVID-19 Kini Jalani Kuarantin, Dedah Hilang Deria Bau

Cik B Covid 19

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Siapa saja yang tak mengenali Cik B, anak kepada usahawan kosmetik, Datuk Seri Vida yang juga merupakan seorang penyanyi yang sedang meningkat naik.



Cik B Dan Ibu Kandung Dsv E1637371734269

Baru-baru ini, Cik B atau nama sebenarnya Edlynn Zamileen Mohd. Amin mendedahkan menerusi akaun Instagram (IG) miliknya bahawa beliau telah disahkan positif wabak COVID-19.

Menerusi hantaran sama, Cik B turut berkongsi keadaannya baik-baik sahaja meskipun mengalami simptom kehilangan deria bau.

“Jangan risau, tak ada apa yang serius. Cuma, saya tak boleh bau benda tapi rasa masih boleh sebab saya baru kena.”

Dalam3 Kos Cikbee008 E1637371764218

Dalam video berdurasi 50 saat itu, Cik B berkata beliau kini sedang menjalani kuarantin kendiri di dalam bilik di kediamannya. Malah, beliau turut menasihati orang ramai agar terus menjaga keselamatan diri masing-masing dan turut meminta jasa baik orang ramai untuk mendoakan kesihatan dirinya.

“Kita duduk dalam bilik saja. Cik B tak keluar mana-mana jadi bosanlah, pishang-pishang,” katanya.

Dalam pada itu, menerusi akaun Cik B juga, difahamkan, Datuk Seri Vida juga terpaksa melakukan ujian calitan memandang beliau adalah kontak rapat Cik B.

Pun begitu, Datuk Seri Vida memaklumkan menerusi akaun Instagram beliau bahawa keputusannya negatif.

 

Sumber: Kosmo, IG @cikb_havoc66

Baca: Cik B ‘Flex’ Pakaian Jenama Mewah Lepas IG Story Iqbal Pamer Harga Pakaian Tular

Cover 11 E1637370209457

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.