Ramai yang melihat kemewahan yang dimiliki anak Gen Z ini mungkin menjadi penyebab mengapa dia sering menyerlah di mata netizen.
Namun tidak ramai tahu, pembawakan dirinya yang matang juga antara sebab kenapa dia sering mendapat perhatian.
Itulah antara perkara yang membuatkan pelakon Rita Rudaini begitu kagum selepas berkesempatan bertemu dengan pempengaruh dan anak kepada usahawan terkenal, Datuk Seri Vida iaitu Cik B.
Artikel berkaitan : Khairul Aming Menangis Cerita Jatuh Bangun Dalam Bisnes, Teringat Saat Tak Mampu Bantu Arwah Ayah Yang Sakit
Artikel berkaitan : “Saya tak pernah dapat hadiah macam n” – Cik B Belanja Viviana iPad, Netizen Tumpang Gembira
Saya akui, Cik B memang anak yang hebat – Rita Rudaini

Menerusi perkongsian di media sosial, Rita berkata hasil pertemuannya dengan Cik B itu meninggalkan kesan sehingga dia masih bercerita mengenainya selepas pulang ke rumah.
Malah, cerita tersebut turut bersambung apabila anak sulung Rita menghubunginya sekitar jam 12.30 tengah malam dan bercakap tentang hal itu.
Menurut Rita, perkara yang paling mencuri perhatiannya bukanlah kemewahan atau kejayaan yang dimiliki Cik B, sebaliknya adab, kematangan serta gadis muda itu membawa diri.

Rita turut mengakui dirinya semakin kagum apabila melihat cara Cik B berfikir, termasuk bagaimana dia mengendalikan situasi apabila berdepan dengan kemarahan ibunya serta cara melihat sesuatu perkara.
Bagi Rita yang sudah bertemu dengan ramai orang sepanjang hidupnya, jarang untuk dia menemui anak muda seusia Cik B yang begitu tenang dan tahu membawa diri. Malah, Rita secara berseloroh menyifatkan Cik B seperti “ChatGPT versi manusia” kerana setiap perkara yang dibualkan seolah-olah ada jawapan.

Bezanya, kata Rita, jawapan yang diberikan Cik B hadir dengan ketenangan dan pandangan positif sehingga kadang-kadang membuatkan orang yang lebih berusia turut berfikir.
Cik B, yang nama sebenarnya Nur Edlynn Zamileen Muhammad Amin, turut dilihat sebagai antara figura Gen Z yang berjaya mencuri perhatian menerusi personaliti serta penglibatannya dalam dunia hiburan dan media sosial.
Dalam pada itu, Rita juga memahami mengapa Datuk Seri Vida sering memanggil anaknya itu “Cik B, anak mama yang hebat”.

Malah, Rita turut menitipkan penghargaan kepada Datuk Seri Vida kerana menurutnya, pasti ada perjalanan panjang di sebalik pembentukan seorang anak yang mempunyai keperibadian sedemikian.
“Banyak benda boleh dibeli dengan duit. Tetapi adab, kematangan dan cara membawa diri, itu kekayaan yang sebenar,” katanya.

Sumber : Threads Rita Rudaini
