in

Cik B ‘Flex’ Pakaian Jenama Mewah Lepas IG Story Iqbal Pamer Harga Pakaian Tular

Cover 11

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Belakangan ini, media sosial dipenuhi dengan kisah perancangan Iqbal dan Dato Seri Vida (DSV) untuk berkahwin yang dibantah oleh Cik B.



Cik B atau nama sebenarnya, Edlynn Zamileen Mohd Amin berkata dia tidak merestui hubungan pasangan berkenaan. Malah, Cik B juga ada membuat reaksi terhadap janji Iqbal kepada ibunya, DSV baru-baru ini.

Bercerita tentang Iqbal, tular di laman Twitter apabila warganet memperkatakan tentang Instagram Story jejaka ini yang mempamerkan harga pakaian yang dipakainya.

1 12

Dalam Instagram Story yang telah ditangkap layar itu, Iqbal menyatakan harga buat suit, kasut, jam dan bag yang dipakainya. Difahamkan, jumlah kesemua aksesori ini bernilai RM42,800.

Melihatkan gambar ini hangat diperkatakan oleh warganet, Cik B membalas ciapan tersebut dengan ‘flex’ versinya yang tersendiri. Bagaimanapun, Cik B tidak menyatakan harga pakaian jenama mewah yang dipakainya di dalam video tersebut.

“Nak flex gak”

Meninjau di ruangan komen, rata-rata warganet terhibur dengan kerenah Cik B yang turut serta ‘flex’ pakaian mewah miliknya.

Tidak kurang juga ada warganet yang mempersoalkan tindakan Iqbal menyatakan harga buat setiap pakaiannya.

BACA: “Kacak menangis…nak saya jaga ibu dia” – Berjaya Pujuk Anak Lelaki DSV, Iqbal Harap Cik B Pun Lembut Hati

Capture 12

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.