in

“Tak ada orang kisah pasal dorang ke?” – Rakyat Yaman Hidup Tanpa Air Bersih, Makanan & 10.3 Juta Kanak-kanak Mati Sebab Kebuluran

Collage 27 E1627697561843

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Sedang dunia sibuk fokus dengan isu pembunuhan George Floyd dan protes Black Lives Matter, ramai yang terlepas dengan krisis yang sedang melanda Yaman ini.


Kalau korang nak tahu, Yaman kini sedang mengalami konflik kemanusiaan terbesar di dunia di mana 24 juta orang di sana hidup tanpa air bersih, makanan mahu pun ubat-ubatan.

Apa yang berlaku di Yaman?

Eagkzfpwaaibg1U

Pada November 2011, Presiden Ali Abdullah Saleh dipaksa untuk berikan kuasanya kepada presiden sekarang Abdrabbuh Mansour Hadi dan pada Januari 2015, sekumpulan pemberontak Houthi yang disokong oleh Iran telah merampas kawalan di negara ini termasuk Sana’a, lapor The Sun.

Disebabkan ini, kerajaan Arab Saudi telah melancarkan serangan udara bagi melenyapkan golongan pemberontak ini sekaligus membunuh ribuan orang awam di sana.

Lebih menyedihkan, serangan ke atas Yaman ini telah mendapat sokongan kewangan dari negara-negara besar seperti US, UK dan Perancis.

1 Cr6Udzdkqad742Yytllcmg

Tak cukup dengan serangan ini, tentera Arab Saudi turut menutup pelabuhan air, udara dan tanah bagi mengelakkan negara-negara lain memberikan bantuan.

Penutupan pelabuhan ini telah mewujudkan krisis baru ketika pandemik Covid-19 sedang melanda dunia.

Penderitaan mereka ditambah bila Yaman kini sedang alami banjir besar yang sangat teruk hingga memusnahkan rumah, bekalan makanan dan membunuh ramai orang.

Banjir ini juga telah menyebabkan penyebaran Covid-19 dan penyakit-penyakit berbahaya yang lain semakin menular.

Penderitaan yang sedang dialami oleh orang di Yaman

Eagkaywwoaawkbg

Sehingga kini, seramai 24 juta orang termasuk 13 juta kanak-kanak mempunyai risiko untuk mati kebulur dan tak cukup dengan itu, setiap 10 minit, satu kanak-kanak mati akibat kebuluran di Yaman.

Manakala, lebih 3.3 juta kanak-kanak, wanita mengandung dan ibu yang sedang menyusu kini mengalami malnutrisi yang kritikal.

Pada Oktober 2018, Negara Bersatu memberi amaran yang 13 juta orang alami kebuluran ini merupakan “kebuluran paling teruk dalam dunia sejak 100 tahun lepas”.

Selain kebuluran dan peperangan yang berterusan, orang di Yaman turut menderita sakit taun kerana kerajaan Arau Saudi sengaja mengganggu sistem perairan di sana. Korang tengok je lah perbezaan Yaman dulu dan sekarang ni.

Eaj100Mxqaamgk0 Side

Apa yang kita boleh buat untuk membantu?

Kalau korang nak bantu kurangkan penderitaan orang di Yaman terutamanya kanak-kanak, korang boleh lawat website-website dekat bawah ni.

Rezeki untuk dikongsi dan orang-orang di sana perlukan bantuan kita sekarang!

Sumber: Twitter

 

Baca: “Muslim jadi sasaran” – Konflik Agama & Keganasan Paling Teruk Dalam Dekad, Ini Fakta Yang Korang Perlu Tahu

Screenshot 2020 06 17 At 1.16.46 Pm

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.