in

“Muslim jadi sasaran”- Konflik Agama & Keganasan Paling Teruk Dalam Dekad, Ini Fakta Yang Korang Perlu Tahu

Featured 50

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

*artikel ini agak panjang dan memerlukan pembacaan yang teliti dari pembaca.


Memasuki hari kelima menyaksikan ibu kota India, New Delhi telah mengorbankan sekurang-kurangnya lebih 30 nyawa dengan yang beratus lain cedera dalam keganasan dan konflik agama paling teruk dalam dekad.

Katanya ianya berpunca dari pengenalan undang-undang membabitkan kewarganegaraan yang mendapat kritikan ramai pihak dan disifatkan sebagai ‘wujud diskriminasi’ selain tidak menepati perlembagaan sekular negara, lapor Al Jazeera.

Protestors During Clashes Between A Group Of Anti Caa Protestors And Supporters Of The New Citizenship Act At Jafrabad In North East Delhi 1582568864

Sebelum ianya menjadi semakin hangat dan meletus pada bulan Disember dengan disertai ramai boleh dikatakan dari semua agama dan minoriti seluruh India.

Perdana Menteri India, Narendra Modi dikritik kerana gagal menyuraikan ketegangan dengan pihak pembangkang menyeru perletakan jawatan oleh pihak yang bertanggungjawab.

Ini antara kisah-kisah disebalik ‘konflik’, ‘pemberontakan’ dan ‘keganasan’ di New Delhi yang perlu korang tau!

#1 Siapa yang memulakan ‘kacau bilau’?

Rusuhan ini tercetus selepas kira-kira berminggu ‘protes aman’ membabitkan pengenalan undang-undang baru berkaitan kewarganegaraan, yang pihak pembangkang mengatakan ia mendiskriminasi muslim negara itu, sebelum diserang oleh perusuh Nasionalis Hindu.

C0140Aacd6224F8Dac38C7C6De490859 18

 

Sebahagian kawasan di Delhi kemudiannya bertukar ‘ganas’ pada Ahad, selepas seorang ahli politik dari parti pemerintah (Bharatiya Janata BJP) memberi amaran kepada muslim atau akan berhadapan dengan ‘kemarahan’ penyokong parti itu.

Dalam tempoh 4 hari kemudian, bahagian Timur Laut Delhi iaitu, Karawal Nagar, Seelampur, Maujpur, Bhajanpura, Vijay Park, Jafrabad, Chandbagh, Mustafabad dan Yamuna Vihar menyaksikan pertempuran antara penganut Hindu dan Muslim.

#2 Seberapa teruk keganasan ‘konflik agama’ ini?

Dilaporkan keganasan yang tercetus telah mengorbankan sekurang-kurangnya 37 nyawa dengan lebih 200 cedera. Jumlah itu membabitkan penganut Hindu dan Muslim dengan yang maut dikatakan ada kesan tembakan pada anggota badan.

Malah kehancuran harta benda awam turut dapat disaksikan sepanjang pertempuran itu seperti kedai, rumah dan masjid.

5E577Ea349464.Image

Lebih kejam lagi, dilaporkan perusuh turut memaksa ‘mangsa’ untuk mengaku agama mereka, termasuk dipaksa menanggalkan seluar bagi mengenalpasti sama ada mereka muslim atau bukan.

Malah pihak polis juga dituduh ‘pejam sebelah mata’ sekiranya perusuh Hindu mengamuk, membunuh atau merosakkan harta benda awam.

Kapil Mishra.1.519238

Bagaimanapun polis dan kerajaan menafikan dakwaan tersebut.

#3 Bagaimana pihak berkuasa ‘menyelesaikan’ masalah?

Di kawasan kejiranan seluruh Timur Laut Delhi, polis mengenakan undang-undang zaman Kolonial British yang dipanggil Seksyen 144.

Undang-undang ini melarang sebarang perhimpunan yang dianggotai lebih daripada empat orang di seluruh negara.

Susulan peningkatan kadar kematian ekorang rusuhan tersebut, Presiden Interim dari parti pembangkang mengkritik kerajaan persekutuan dan kerajaan negeri kerana hanya menjadi ‘penonton bisu’ terhadap apa yang berlaku.

Violence 19

 

Sementara itu Ketua Menteri Delhi, Arvind Kejriwal menuntut kerajaan persekutuan untuk meletakkan tentera selepas menggambarkan keadaan itu sebagai ‘membimbangkan’.

#4 Apa itu Akta Pindaan Kewarganegaraan (CAA)?

Ia merupakan usaha dan laluan mudah kepada non muslim dari negara jiran yang majoritinya muslim untuk mendapatkan hak kewarganegaraan.

Ia bertujuan memberi kewarganegaraan kepada individu beragama Hindu, Parsi, Sikh, Buddha, Jain dan Kristian yang dan bukan muslim yang ‘dianiaya’ – yang tiba di India sebelum 31 Disember 2014 dari Bangladesh, Pakistan atau Afghanistan.

773X435 Cmsv2 F15Ce168 5Dd9 5A7E B952 440792A5B691 4524622 48

Undang-undang itu dilihat oleh pembangkang sebagai mendiskriminasi Muslim selain menunjukkan dengan jelas kebimbangan dalam pentadbiran Modi yang cuba menepis tradisi sekular India dan menerapkan agenda nasionalis Hindu ke atas rakyat di sana.

Bagaimanapun parti pemerintah menafikan wujudnya ‘bias’ ke atas lebih 180 juta rakyat muslim di India.

 

Baca : Keganasan di sana sini- Tak Cukup Muslim Uighur Ditindas, Muslim Di India Kini Jadi Sasaran, Masjid Dibakar

Featured 48

Sumber: India TV
Sumber: Al Jazeera
Sumber: M.News World

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.