in

“Tak ada lagi haji guna duit curi” – Tun M

Haji 600X320

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Walaupun kita masih di bulan Ramadan dan lagi beberapa hari lagi nak masuk Syawal, ramai di antara muslimin dan muslimat dah tak sabar-sabar nak dapat berita gembira tentang panggilan haji. Namun Tun M ada pesanan tegas terhadap jemaah haji tahun ni.


Jemaah Haji
sumber: blog

Menurut Malaysiakini, Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berkata kerajaan takkan lagi hantar jemaah untuk tunai haji dengan guna wang curi. Kenyataan ni seakan-akan menyindir ‘program amal’ yang diadakan Yayasan 1MDB yang taja perjalanan haji secara PERCUMA. Wow! 

“Ramai orang tidak akan dapat melaksanakan haji kali ini kerana kerajaan tidak akan membayar haji mereka dengan wang yang dicuri.

“Jika anda mahu, kita boleh mencuri dan bayar, tetapi kita tidak percaya pada cara mencuri wang,” kata Tun M. Fuh menusuk betul sindiran Tun ni! 

39Cf1974Bf390Fd66C01590B1D3C7658
sumber: malaysiakini

Tun M yang kini berada di Jepun untuk Nikkei Conference berkata, bekas PM Datuk Seri Najib Razak dan rakan-rakannya sudah memperalatkan 1MDB untuk salahguna dana daripada syarikat milik negara tu. Disebabkan masalah ni, kerajaan Pakatan Harapan terpaksa pulihkan negara dan tangani hutang sebesar RM1 trilion.

Takut pulak dengar guna duit curi untuk pergi buat haji atau umrah ni. Smiley Cry

Baca: Lebih RM1.2 Juta Dirampas Dari Kediaman Pengerusi Tabung Haji

Tabung Haji

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.