in

Lebih RM1.2 Juta Dirampas Dari Kediaman Pengerusi Tabung Haji

32607552 10160502682755438 5655891219188809728 N 120

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Baru sahaja beberapa hari selesai penggeledahan di kediaman Datuk Seri Najib Razak dan rumah agensi perisik yang dipercayai membantu bekas Perdana Menteri itu, hari ini satu lagi serbuan dibuat oleh pihak berkuasa diketahui umum.


Menurut Astro Awani, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) telah melakukan serbuan ke atas rumah dan pejabat Ahli Parlimen Baling, Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim yang juga merupakan Pengerusi Tabung Haji (TH).

54D51Ebdfb60C31Cd08Dd4Fb58D99A6F
sumber: malaysiakini

Pengarah SPRM Perlis Mohd Shukor Mahmud mengesahkan bahawa serbuan di rumah Ahli Majlis Tertinggi UMNO yang terletak di Baling, Kedah itu telah dilakukan semalam. Serbuan bermula sekitar jam 1 petang di rumah Azeez dan beberapa lokasi termasuk ibu pejabat Tabung Haji yang terletak di Kuala Lumpur.

Sehingga semalam, wang tunai berjumlah hampir RM500,000, lebih 20 jam tangan, dan lebih 20 mata wang asing pelbagai negara antaranya Taka (Bangladesh), Rufiya (Maldives), Riyal (Arab Saudi) dan juga Pound Sterling dengan nilai tukaran sekitar RM1.2 juta dirampas. Beberapa dokumen dan barang kemas juga telah disita oleh SPRM Putrajaya dengan dibantu oleh SPRM Perlis.

“Kami ada merampas timbunan mata wang asing dan masih dalam proses pengiraan sekarang,” kata sumber.

“Serbuan masih berjalan di beberapa lokasi di Kedah dan Selangor.”

Rumah
sumber: berita harian

Shukor kemudian memaklumkan bahawa pihaknya tidak pasti jika Azeez akan ditangkap atau tidak.

“Tindakan oleh SPRM Putrajaya, SPRM Perlis hanya membantu. Saya tidak pasti sama ada Azeez ditahan atau tidak.”

“Kes apa beliau disiasat, itu kena rujuk Putrajaya. Kes ini bawah Putrajaya, boleh rujuk Pengarah Kanan (Siasatan).”

Difahamkan serbuan tersebut dilakukan bagi membantu siasatan berhubung lantikan kontraktor melibatkan projek seliaan Tabung Haji.

Semakin hari semakin banyak serbuan dibuat. Semoga kes dapat diselesaikan secepat mungkin.

Baca: Rumah Ejen Perisik Najib Diserbu Polis

Jib 1

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.