in

“Tak ada kerja lain ke?” – Lelaki Kantoi ‘Skodeng’ Depan Pintu Hotel Sebab Nak Rakam Suara Orang ‘Have Sex’

Collage 6

Aktiviti mengendap ni sebenarnya sama macam ambil dadah, boleh ketagih.

Macam seorang lelaki ni yang ditangkap selepas kantoi mengendap dekat koridor hotel untuk rakam suara pasangan tengah membuat hubungan intim di bilik mereka.

Menurut Mirror, seorang wanita, Ms Tang dan teman lelakinya yang sedang menginap di sebuah hotel di daerah Chongqing, China tersedar ada bayang-bayang bergerak di luar pintu bilik mereka waktu tengah malam.

Wanita ini kemudiannya membuat laporan polis pada keesokan harinya dan bila pegawai polis melihat rakaman CCTV yang terletak di koridor hotel tersebut, mereka melihat seorang lelaki sedang terbongkok-bongkok di bawah pintu.

0 Perv Filmed Sneaking Around Hotel To Hear Couples Romp

Rakaman CCTV itu juga menunjukkan lelaki tersebut mengeluarkan telefon bimbitnya dan meletakkan ia pada bawah pintu.

Sebelum berlalu pergi ke bilik lain, lelaki itu kelihatan sempat memeriksa telefonnya.

Dari rakaman tersebut, pihak polis dapat mengesan dan seterusnya menahan seorang lelaki yang hanya dikenali sebagai He, dengan dakwaan menceroboh privasi.

Semasa disoal siasat, He mengatakan yang dia pernah tidur di hotel yang sama sebelum dia dengar suara di bilik sebelah sedang melakukan hubungan seks.

Ketika dia keluar dari bilik lepas mendengar suara tersebut, dia melihat ada seorang lelaki di depan pintu bilik tersebut sedang curi-curi dengar dari pintu.

Lelaki tersebut berlalu pergi bila dia menyedari kehadiran He. He kemudiannya meniru perbuatan lelaki tersebut dan ketagih dengan aktiviti itu.”

Pihak polis menambah, tujuan He melakukan perbuatan ini adalah untuk memuaskan keinginan fizikal dan psikologinya.

He memberitahu lagi, dia telah pergi ke hotel tersebut beberapa kali hanya untuk merakam suara momen intim pasangan lain.

Haih, sanggup betul eh merangkak-rangkak macam tu sebab nak puaskan nafsu?

 

Baca: “Sakit otak betul!” – Ingatkan Buat Apa, Rupanya Sibuk Menghendap Nak Curi Baju Dalam Orang!

Collage 6 Screenshot 2019 11 07 At 12.44.40 Pm