Nama Kuan Chee Heng atau lebih mesra dipanggil Uncle Kentang ni sudah tidak asing lagi di media sosial. Sikap keprihatinan dan juga murah hatinya dalam membantu mereka memerlukan dapat pujian ramai.
Terbaru, Uncle Kentang kita ni berkongsi pengalamannya dalam membantu sepasang suami isteri dalam kesusahan. Berikut kisahnya yang dikongsikan FB Penang Kini.
“Mereka ingin naik bas express ke Kulim, Kedah kerana tak mampu sewa van jenazah”
Menurut Uncle Kentang, pasangan suami isteri ini baru saja kehilangan anak mereka yang masih bayi ketika pembedahan. Sudah 4 bulan pasangan ini berada di Hospital Serdang.
Namun yang lebih menyayat hatinya, pasangan ni tak cukup wang untuk sewa van jenazah pulang ke kampung halaman di Kulim, Kedah. Jadi mereka decide untuk naik bas ekspres saja, itupun dengan wang ihsan dari jururawat hospital.
“Saya seluk saku beri wang, barulah si suami bergegas pergi beli makanan”
Betapa mulianya Uncle Kentang, dia akhirnya menawarkan bantuan membawa pasangan ini dan jenazah anak mereka pulang ke Kulim, Kedah.
Namun ketika di pertengahan jalan, Kuan telah berhenti sekejap untuk beri laluan kepada pasangan suami isteri ni pergi makan. Mereka menolak atas alasan nak jaga jenazah bayi, tapi selepas Kuan hulurkan wang barulah si suami bergegas beli makanan. Allah… kesian.
“Salute Uncle Kentang! Kalau gi Hospital Serdang wad kecemasan mesti ada uncle kat sana”
Rata-rata netizen begitu terharu dan berterima kasih dengan bantuan yang diberikan Uncle Kentang terhadap pasangan tersebut. Semoga kita semua mengikuti jejak langkah insan yang mulia ini.
Terima kasih Uncle Kuan Chee Heng!