Kalau Ada Ahli Keluarga Meninggal Dunia, Korang Boleh Ke 6 Tempat Ini Untuk ‘Claim’ Duit Sebagai Bantuan

Rocket WOBIkuti kami untuk berita viral setiap hari:



Kematian ni satu perkara yang kita tak boleh nak ramal, jadi, kadang-kadang ia akan memberi kesan kepada segelintir ahli keluarga lain untuk menampung kos perbelanjaan.

Jadi, andaikata berlaku kematian kepada orang terdekat, korang sebenarnya boleh ke tempat-tempat ni untuk dapatkan bantuan kewangan,

Andaikata ada ahli keluarga meletakkan nama korang sebagai waris dekat sini, bolehlah sediakan dokumen berkaitan.

 

1. EPF/KWSP

Sumber : Halalmoney.my

Menurut KWSP, kalau ada ahli keluarga korang meninggal dunia, waris boleh mendapatkan jumlah simpanan KWSP tersebut.

Malah, pewaris juga akan menerima pembayaran lain sebanyak RM2,500. Namun, ada beberapa kriteria tertentu untuk korang menuntut wang itu.

  • Si mati haruslah raykat Malaysia (termasuklah penduduk tetap) atau bukan rakyat Malaysia yang berumur 60 tahun kebawah.
  • Permohonan perlu dilakukan dalam masa 6 bulan selepas tarikh kematian.

 

2. Bantuan Sara Hidup Tuntutan Skim Khairat Kematian (SKK)

Sumber : Bantuan Sara Hidup

Andaikata penerima BSH tu meninggal dunia, dalam tempoh dari 1 Januari 2019 hingga 31 Disember 2019, pewaris boleh tuntut RM 1,000 di bawah Skim Khairat Kematian . Korang boleh dapatkan di mana-mana cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN).

 

3. Skim Insurans Takaful Pelajar

Sumber : media wanita maya

Insurans ini akan memberikan perlindungan 24 jam sehari, tapi ia terbuka sepanjang penerima itu masih belajar.

Jumlah tuntutan atau pampasan bergantung kepada insiden itu :

  • Meninggal dunia akibat kemalangan – RM 5,500
  • Kecacatan kekal dalam badan akibat kemalangan – RM 22,000
  • Putus kedua-dua tangan/kedua-dua kaki/hilang penglihatan disebabkan kemalangan – RM22,000 (RM 10,000 kalau hilang sebelah bahagian)
  • Meninggal dunia sebab sakit – RM 1,500
  • Dimasukkan wad hospital kerajaan akibat kemalangan – RM25 sehari selama 60 hari
  • Elaun kerusi roda – RM 1,000

*Tapi korang kena ingat, skim ini terbuka kepada pelajar-pelajar dibawah institusi pendidikan kerajaan je tau!

 

4. PERKESO / SOCSO

Sumber : Astro Awani

Semua pekerja kena pastikan yang syarikat mempunyai skim PERKESO. Jika ada pekerja meninggal disebabkan insiden dari tempat kerja, misalnya kemalangan semasa nak pergi atau balik kerja atau pun individu tersebut dia adalah penerima Faedah Hilang Upaya Kekal,

Orang yang bertanggungjawab atas pengebumiannya akan menerima Manfaat Pemakaman jumlah yang dibelanjakan untuk pengebumian sehingga RM2,000.

 

5. Kerajaan Negeri Pulau Pinang

Sumber : Malaysian Talk

Di Penang, ahli keluarga akan menerima RM 1,000 jika si mati itu warga emas (umur 60 tahun keatas).

Pastikan nama individu itu didaftarkan dibawah Kerajaan Negeri Pulau Pinang masa mendaftar, orang tu pun boleh dapat RM100 tau!

 

6. JPA

Sumber : Berita Harian

Sekiranya si mati masih berkhidmat atau bersara sebagai penjawat awam, penerima akan menerima RM3,000 di bawah Bantuan Mengurus Jenazah. Derma itu hanya diberikan sekali mengikut keutamaan :

  • Janda/Duda
  • Anak
  • Ibu bapa
  • Keluarga yang menguruskan pengebumian ( memerlukan sijil akad sumpah)
  • Pihak lain yang bantu menguruskan pengebumiannya ( memerlukan sijil akad sumpah)

Memang lah nyawa itu lebih berharga dan tak dapat tandingi dengan wang ringgit. Tapi, sekurang-kurangnya ia dapat lah membantu sedikit para pewaris.

Jadi, korang kena tahu hak korang dan kena buat persediaan awal-awal. Macam admin katakan tadi, kematian ni kita tak boleh nak ramal.

 

Baca : “Semoga dana ni boleh bantu” – Sebak Lihat Cermin Mata Rakan Yang ‘Uzur’ Pemuda Ini Minta Bantuan Netizen

Rocket WOBIkuti kami untuk berita viral setiap hari:

Ditulis oleh Izuan Jelani

Mende?