in

“Tahun 2024 atau 2023A?” – Ini Perkara Korang Kena Tahu Pasal Fobia Pada Nombor 4, Tetrafobia

Cats 1

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Tahun baru 2024 kini telah pun menjelma. Tapi, korang mesti tertanya-tanya kenapa ada kalendar yang menganggap tahun ni ialah 2023A. Sebenarnya, ia berkait rapat dengan satu amalan sesetengah masyarakat dunia yang dikenali sebagai Tetrafobia iaitu ketakutan terhadap nombor 4.


Fobia ni bukanlah perkara ganjil kerana hampir semua tempat di Malaysia ni korang boleh jumpa seperti kalendar Cina, dalam lif, nombor rumah dan sebagainya. Jadi, untuk artikel kali ni, jom kita ketahui maksud fobia tersebut.

Apa itu Tetrafobia?

Download

Tetrafobia berasal daripada bahasa Yunani yang merupakan amalan mengelakkan penggunaan nombor 4 dalam kehidupan seharian. Kalau di Malaysia, kebiasaannya masyarakat berbangsa Cina mempunyai fobia ini.

Pada asalnya, ketakutan ni disebabkan oleh budaya masyarakat Cina yang suka mengaitkan nombor dengan tuah atau nasib malang mengikut sebutan nombor-nombor tersebut. Menariknya, ianya juga merupakan kepercayaan yang kerap kali ditemukan di beberapa negara di rantau Asia Tenggara dan Timur seperti China, Taiwan dan Singapura.

Kenapa nombor 4 ditakuti masyarakat Cina?

Main Qimg 0E7091Abfa2B4725Ca3Ea55245C9F645 Lq

Artikel berkaitan: “Klatefobia” – Tinjauan Menunjukkan Ramai Wanita Takut Nak Dekat Dengan Lelaki Kelantan?

Artikel berkaitan: [VIDEO] Takut Sos? Ini 4 Fobia Makanan Yang Korang Kena Tahu

Menurut kepercayaan Cina, apa-apa saja nombor yang mengandungi nombor 4 dianggap sebagai pembawa malang dan nasib buruk.

Akan tetapi, sebab ianya dianggap sebegitu bukanlah berpunca dari nombornya tetapi dari sebutannya.

Dalam bahasa Cina, nombor 4 disebut sebagai ‘Si’ atau ‘Se’ di mana bunyinya hampir sama dengan perkataan ‘Si’ yang juga membawa maksud mati.

Disebabkan itulah, masyarakat Cina sentiasa elak dari menggunakan nombor tersebut kerana dikhuatiri ianya boleh membawa malang kepada dorang.

Tetrafobia di pelbagai negara

Disebabkan pengaruh negara China dan sejarah linguistiknya yang berkait dengan negara lain, amalan terafobia ni juga terjadi di negara-negara tersebut.

China

Negara ni boleh dikatakan mempunyai kepercayaan tetrafobia yang kuat. Sebagai buktinya, kerajaan dorang membuat nombor siri pesawat tentera yang bermula dengan angka 5 seperti Shenyang J-5.

Selain tu di Hong Kong, bangunan-bangunan pangsapuri tinggi yang ada tingkat 40 hingga 49 akan di-skip dari tingkat ke-39 terus ke tingkat 50. Kalau korang nak tahu, nombor 14 dan 24 di China juga dikira lebih malang berbanding 4 kerana masing-masingnya kedengaran seperti ‘pasti mati’ dan ‘senang mati’.

Korea Selatan

Kalau di Korea Selatan pula, amalan terafobia tidaklah begitu meluas. Namun begitu, tingkat 4 dalam bangunan seperti pusat beli-belah dan hospital sering kali dilangkau manakala sesetengah bangunan yang lain menggantikan nombor 4 dengan huruf ‘F’ yang merujuk kepada Four.

Jepun

Dekat Jepun, dorang juga mempercayai terafobia ni di mana korang boleh nampaknya dekat kawasan rumah pangsa mahupun tempat letak kereta. Bukan tu saja, nombor 9 juga dorang hindari dari digunakan dalam kehidupan seharian.

Sebabnya, 9 dalam bahasa Jepun disebut sebagai ‘Ku’ yang dikaitkan dengan perkataan ‘kurushimu’ yang bermaksud menderita. Jadi, kalau nombor 49, ianya dianggap sebagai nasib malang kerana ia membawa maksud menderita hingga mati.

Singapura

Negara jiran kita pun ada amalan terafobia ni. Sebagai contoh, sebuah syarikat pengendali pengangkutan awam di sana, SBS Transit tidak menggunakan nombor plat kenderaan yang berakhir dengan nombor 4 sebaliknya terus skip ke nombor 5.

Malaysia

Kalau korang perasan, dekat Malaysia pun banyak terjadi amalan tersebut. Buktinya, dalam bangunan yang terdapat populasi orang Cina sebanyak 25%, tingkat ke-4 mahupun nombor rumah akan ditinggalkan.

Kebiasaannya, korang boleh nampak terafobia ni dekat bangunan persendirian, lebih-lebih lagi yang dibina oleh syarikat yang dimiliki orang Cina.

Apa-apa pun, selamat menyambut tahun baru 2024 atau 2023A!

Sumber: Wikipedia, X, CariGold

 

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.