in

“Klatefobia” – Tinjauan Menunjukkan Ramai Wanita Takut Nak Dekat Dengan Lelaki Kelantan?

Blur Kelantan

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Negeri Kelantan sememangnya terkenal dengan makanan yang agak berpatutan dan sedap untuk dinikmati sekiranya kita merancang untuk melawat ke negeri Che Siti Wan Kembang itu.

Ia juga terkenal dengan dialek dan gaya bahasa yang unik sehingga ada sesetengah daripada kita yang mungkin tidak memahami apa yang dibualkan oleh mereka.


Namun, di sebalik keunikan negeri tersebut, ada juga yang tidak senang duduk dengan memandang negatif terhadap penduduk kelahiran negeri Kelantan itu. Seperti baru-baru ini, tular di media sosial berkenaan pandangan perspektif netizen terhadap orang Kelantan.

Tinjauan menunjukkan ramai wanita takut nak dekat dengan lelaki Kelantan?

Menurut Kosmo, kebanyakan golongan lelaki yang berasal dari Kelantan meluahkan perasaan mengenai ramai para wanita yang seakan tidak berminat untuk diajak berkenalan setelah mengetahui status negeri mereka.

Melihat tinjauan di media sosial, rata-rata ramai berasa hairan dan meluahkan perasaan dengan menghantar beberapa hantaran di Facebook.

“Kenapa ramai wanita tak suka budak kelantan?, baru aku nak ajak berkawan, dengan belagak dia kata, ‘maaf saya tak minat lelaki Kelantan’, apa salah kami?” kata Syafiq.

Selain itu, Mohd. Khairul juga berkongsi beberapa alasan yang sering diberikan oleh golongan wanita seperti tidak memahami apa yang dicakap dan mengatakan bahawa dialek mereka agak pelik, menjadi faktor wanita-wanita ini menjauhkan diri untuk berkenalan.

“Awak asal Kelantan? maaf la, saya dah ada teman lelaki; saya tak faham bahasa awak, pelik sangat bunyinya; lelaki kelantan ramai ‘buaya’.”

Ada juga lelaki yang mengakui bahawa mereka sering dipinggirkan oleh kebanyakkan wanita dengan tindakan memukul rata bahawa lelaki kelahiran Kelantan itu semua sama.

“Bila kami sembang dengan kawan-kawan Kelantan, mereka (wanita negeri lain) kata kami berpuak, bila kami nak kenal dan ajak berkawan, mereka tak nak dan tak suka pula, wanita memang pelik.”

Netizen turut simpati dengan stereotaip ‘Klatefobia’

Namun, ada juga netizen yang meluahkan rasa simpati terhadap lelaki kelahiran Kelantan yang telah dipandang rendah oleh kebanyakan orang sehingga ada yang mencipta terma ‘Klatefobia’ untuk menerangkan rasa kebencian seseorang kepada orang Kelantan.

“Tak baik pukul rata with one bad experience/one person yang kita hadap. Tak kisah la dari mana, asal mana. Anggap jela mungkin nasib tak baik je dipertemukan dengan yang kurang menepati cita rasa & kebetulan datangnya dari negeri yang kena stereotyped.”

Ada juga di Facebook yang meminta untuk netizen hentikan melabel negatif orang Kelantan

Melihat di Facebook, sebuah hantaran telah dikongsikan di laman Facebook berkenaan seorang lelaki yang berkongsi pengalamannya bersama rakan rumah Kelantan dan meminta untuk hentikan memukul rata, melabel negatif terhadap orang Kelantan.

Screenshot 2022 09 20 At 12.55.35 Pm

Screenshot 2022 09 20 At 12.55.45 Pm

Screenshot 2022 09 20 At 12.56.00 Pm

Screenshot 2022 09 20 At 12.56.05 Pm

“Hentikanlah Klatefobia dan marilah kita layan band No Good dan layan drama Pok Ya Cong Codei.”

Tak baik kalau kita pukul sama rata dekat orang Kelantan kan….

Baca: “Cantik betul!” – Ramai Teruja Lihat Kemunculan Pertama Sultanah Kelantan

Screenshot 2022 09 20 At 1.15.35 Pm

Sumber: Facebook
Sumber: Facebook
Sumber: Facebook
Sumber: Facebook

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.