in

Syukur Ada Mangsa Gua Pandai Berbahasa Inggeris!

Mangsa Inggeris

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Setelah 17 hari berhempas pulas dalam operasi menyelamat 12 remaja bersama jurulatih mereka yang terperangkap di dalam gua Tham Luang, akhirnya kesemua mangsa berjaya diselamatkan malam semalam!


Ramai di antara netizen memuji kejayaan operasi ‘mustahil’ ni, namun berkat kesabaran dan juga kepakaran agensi profesional dalam dan luar negara yang bersedia untuk membantu, yang mustahil sudah pun menjadi realiti.

Namun menurut Astro AWANI, kejayaan operasi ni takkan menjadi kenyataan tanpa bantuan seorang mangsa. Adul Sam-on, 14, dikatakan memainkan peranan penting ketika penyelamat pertama dari Britain tiba di lokasi pertama kali mereka dilihat iaitu di Pantai Pattaya. 

51531294646 Adulsamon
sumber: astro awani

Kemampuan Adul berbahasa Inggeris telah membantu pihak penyelamat dari Britain untuk mengetahui keadaan serta keperluan mereka yang sudah berada di dalam gua tersebut hampir 2 minggu.

Hal ni jugak boleh dikatakan sebagai agak membanggakan kerana bagi sebuah negara yang hanya satu pertiga populasinya berbahasa Inggeris, Adul berjaya berkomunikasi dengan penyelam British bagi membantu rakan-rakannya dalam saat yang kritikal ini.

1531072220 Cave
sumber: blog

Selain berbahasa Inggeris, Adul jugak fasih 4 bahasa lain seperti Thai, Burma, Mandarin dan Wa (bahsa masyarakat berdekatan Myanmar dan China). Dia juga diceritakan sebagai anak yang lahir dalam keluarga miskin. Ibu bapa Adul telah meninggalkannya dalam jagaan paderi gereja sejak 8 tahun lalu sebab kemiskinan.

Namun disebalik kesusahan yang dialaminya, Adul merupakan seorang yang mahir dalam macam-macam perkara. Hal ni diakui kerana Adul dikenali sebagai pelajar yang pintar dan bijak bermain 3 alat muzik serta menang pelbagai trofi dalam sukan seperti futsal dan bola tampar.

4Df8E43700000578 5925061 Image M 29 1530877002199
sumber: blog

Terima kasih Adul kerana bantu rakan-rakan dan jurulatih! 

Baca: 12 Pemain Bola Sepak Thailand Terperangkap Dalam Gua Selama 9 Hari. Ini Yang Berlaku…

Gua 1

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.