in

12 Pemain Bola Sepak Thailand Terperangkap Dalam Gua Selama 9 Hari. Ini Yang Berlaku…

Budak Hilang

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Pagi ini, kita dikejutkan dengan satu berita apabila 12 orang pemain bola sepak kanak-kanak Thailand bersama seorang coach telah ditemui lepas terperangkap dalam gua selama 9 hari.


Berita yang amat mengejutkan ni telah dapat perhatian seluruh dunia yang bersimpati dan juga risau dengan keadaan kanak-kanak tersebut. Ini apa yang berlaku kepada 12 remaja berkenaan sepanjang 9 hari kehilangan mereka. 

 

1. Tak pulang lepas latihan bola sepak

Sama macam budak-budak seusia mereka, 12 remaja ni semestinya nak try sesuatu yang adventurous dan mencabar. Tapi rancangan budak-budak yang berusia antara 11 ke 16 tahun ni berubah jadi sesuatu yang buruk pulak lepas mereka dilaporkan hilang oleh ibu bapa mereka akibat tak pulang-pulang ke rumah lepas habis latihan bola sepak pada Sabtu lepas.

Mujurlah mereka tak ‘lenyap’ macam tu je. Ada orang menjumpai basikal, kasut bola sepak dan beberapa peralatan lain lagi kat pintu masuk gua Tham Luang Nang Non di Chiang Rai, Thailand yang memang femes sebagai pusat pelancongan negara.

Merlin 140215458 Eab467Bb Feea 41Ed B920 E9159A8Ddcba Superjumbo
sumber: bbc

 

2. Hujan lebat sukarkan pencarian 12 remaja 

Gua Tham Luang ni memang terkenal sebagai tourist attraction, tapi hanya pada musim panas dan kering sebab dulu pernah jugak ada kes pelancong terperangkap dalam gua untuk beberapa hari lepas air sungai dalam gua tu tetiba melimpah dan banjir hingga bahayakan semua orang.

Dan seperti ramai dah agak, musim hujan dua tiga hari ni akan sukarkan misi search and rescue budak-budak ni. Timbalan Gabenor Chiang Rai, Passakorn Bunyalak berkata, dia yakin budak-budak ni masih hidup TETAPI keadaan hujan yang tak henti-henti mungkin akan sukarkan keadaan.

“Kebimbangan kami ialah hujan. Paras air dalam gua tu makin meningkat,” katanya.

Merlin 140248116 F96D5B3A Bfa8 413B 9A78 A58865D7A2Ae Superjumbo
sumber: nytimes
Ap18183467947279 E1530548629983
sumber: cnn

 

3. 2 penyelam British tawar bantuan

102305032 51Bdf46C 2E2E 432F B31E 32473B70F36D
sumber: bbc

Disebabkan situasi makin teruk, pihak berkuasa Thai meminta bantuan dua penyelam warga Britain dan seorang pakar gua. Mereka ialah Encik Volanthen, Richard Stanton dan Robert Harper. Mereka bertiga ni tiba di Thailand lepas tiga hari kes pasukan bola sepak kanak-kanak dilaporkan hilang.

Bukan macam pasukan penyelamat yang biasa-biasa, ketiga-tiga warga Britain ni dah terlibat dengan hampir 1000 operasi di seluruh dunia. Menurut BBC, penyelamat ni mengambil masa beberapa jam saja sebelum menjumpai mereka yang hilang tu.  

 

4. ‘Kami lapar’

Dalam satu video yang dimuat naik Thai Navy SEAL, kedengaran suara salah seorang daripada penyelamat sedang bercakap dengan kumpulan tersebut yang duduk di atas tebing air dalam gua sambil disuluh torchlight.

Hooyah…..ทีมหมูป่าพบเยาวชนทีมหมูป่าบริเวณหาดทรายห่างจาก Pattaya beach 200 เมตร โดยนักดำน้ำหน่วยซีลดำน้ำวางไลน์เชือกนำทาง ร่วมกับนักดำน้ำจากประเทศอังกฤษ ระยะทางจากห้องโถง 3 ยาว 1,900 เมตร เมื่อเวลา 21.38 น. คืนวันที่ 2 กรกฎาคม 2561#ThainavySEAL

Posted by Thai NavySEAL on Monday, July 2, 2018

“Berapa orang semuanya?” tanya penyelamat.

“Tiga belas!” 

“Tiga belas! Bagus!”

Bimbang dengan keadaan mereka, kumpulan remaja tu bertanya bila mereka boleh pulang. Salah seorang penyelamat kembali menjawab,

“Bukan hari ni. Hanya ada kami berdua saja. Kami kena menyelam. Kami akan datang lagi. Ok? Banyak orang akan datang. Kami antara yang pertama.”

Namun jawapan balas budak-budak tersebut membuat ramai yang tersentuh hati.

Makan, makan, makan, beritahu mereka kami lapar.” 

Image
sumber: sinar harian

 

5. Siapa 13 yang terselamat tu?

102301615 363C0Ae6 7B55 4D09 8E47 30E0289128Ee
sumber: bbc

12 budak lelaki tersebut merupakan ahli kumpulan bola sepak yang dinamakan Moo Pa atau ‘Babi Hutan’. 12 orang budak lelaki ni bersama penolong jurulatih mereka iaitu Ekkapol Janthawong kadang-kadang gemar keluar berjalan-jalan termasuklah trip ke gua yang sama pada 2 tahun lepas.

Ahli kumpulan yang paling muda dalam pasukan bola sepak tu ialah Chanin “Titan” Wibrunrungrueang yang baru berusia 11 tahun. Dia dah main bola sejak berusia 7 tahun lagi. Manakala Duangpet “Dom” Promtep, 13 pulak ialah ketua pasukan dan motivator dalam kumpulan mereka.

 

6. Misi belum selesai

Meskipun budak-budak tu telah dijumpai, misi menyelamat mereka masih belum selesai. Mereka hanya baru dijumpai tapi belum selamat diselamatkan dan dikeluarkan dari dalam gua tersebut.

“Misi kita ialah untuk cari, selamatkan dan bawa pulang. Sekarang kita baru jumpa mereka. Misi seterusnya ialah bawa mereka keluar dari gua tersebut dan hantar pulang ke rumah,” kata Gabenor Chiang Rai.

Merlin 140248134 Fb9586C3 7E34 4Db5 A75B 57A614D8Fa66 Jumbo
sumber: nytimes

Buat masa ni pihak mereka akan cuba sedaya upaya untuk keringkan air di dalam gua dan menghantar doktor dan jururawat untuk menyelam masuk ke dalam gua supaya dapat periksa keadaan kesihatan budak-budak tersebut.

“Kalau doktor kata mereka kuat dari segi fizikal untuk dipindahkan, kami akan bawa mereka keluar dari gua tersebut. Kita juga akan tengokkan mereka sampai sihat dan boleh pulang ke sekolah semula,” katanya lagi.

Merlin 140219622 C6042813 0851 4821 A2Ba 9F1F1Eb9F1A2 Jumbo
sumber: nytimes

Buat masa ni, hampir 1000 orang sudah terlibat dalam operasi menyelamat kanak-kanak yang terperangkap di dalam gua ini, termasuklah team daripada China, Myanmar, Laos, Australia, US dan juga Britain.

Meskipun dari negara lain, marilah kita doakan semoga kanak-kanak ni berjaya diselamatkan dan pulang ke pangkuan keluarga. Mesti ibu bapa mereka mesti sedang susah hati selagi tak nampak anak di depan mata. 

Baca: Disorok Bunian? Misteri Kehilangan 7 Anak Orang Asli di Gua Musang Yang Menggegarkan Malaysia

H

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.