Suasana takut dan sedih menyelubungi sebuah sekolah berprestij di Debsirin Nonthaburi, Thailand apabila berlakunya tembakan di kawasan sekolah tersebut.
Setakat ini, Sinar Harian melaporkan bahawa seramai 9 orang termasuk penembak sendiri maut dalam kejadian itu, manakala 22 orang lagi cedera.
Artikel berkaitan: Tragedi Temb*kan Sekolah Di Bangkok: 7 M*ut Termasuk Suspek, 23 Cedera
Artikel berkaitan: Malaysia Bangkit Isu Sekatan Udang, Siakap Dan Akses Pasaran Dalam Mesyuarat Dengan Thailand
Suspek kaki gamer, seorang pelajar yang baik

Susulan dengan kejadian itu, Perdana Menteri Thailand, Anutin Charnvirakul melahirkan rasa dukacita terhadap insiden tersebut.
“Ini sesuatu yang amat dahsyat. Saya sedih terhadap mereka yang terkorban dan sedih kerana perkara seperti ini berlaku di negara kita.”
Insiden tembakan itu dilihat sekali lagi mencetuskan persoalan mengenai kawalan sendjata api di Thailand.
Biarpun kini pihak berkuasa belum mendedahkan identiti pelaku, laporan menyatakan bahawa penembak ialah pelejar lelaki yang berusia 14 tahun.

Timbalan Menteri Dalam Negeri Thailand, Polapee Suwanchawee berkata remaja tersebut merupakan kaki permainan video tegar.
Seorang guru pula memberitahu bahawa pelajar itu seorang ‘budak baik dengan rekod akademik yang baik’ dan tidak pernah diketahui bersikap agresif.
Dalam pada itu, pihak berkuasa turut berkata bahawa, pistol 9mm yang digunakan dalam serangan itu milik datuknya yang juga seorang guru.
Siasatan turut mendapati remaja tersebut dipercayai membunuh datuk dan neneknya sebelum pergi ke sekolah. Bagaimanapun, polis kini sedang menyiasat motif sebenar kejadian.
Sumber : Sinar Harian
