in

Syarikat Ini Beri Nasi Lemak PERCUMA Sempena Merdeka!

Sodapnyaaaa

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Siapa suka makanan percuma angkat tangan! 


Tak sampai dua minggu lagi negara kita akan menyambut kemerdekaan yang ke-61! Menurut WORLD OF BUZZ, ada sebuah syarikat nak beri makanan percuma kat kita semua bagi meraikan sambutan kemerdekaan negara. Wow!

Syarikat pemurah dikenali sebagai S&P Industries ni akan edarkan Nasi Lemak PERCUMA kat beberapa tempat yang ditetapkan di Lembah Klang. S&P Industries ni sebuah syarikat yang terkenal dengan produk serbuk santan dorang.

Dsc01346
sumber: wob

Edaran Nasi Lemak percuma di beberapa lokasi ni bermula hari ni. Kalau korang dah terlepas salah satu, boleh dapatkan kat tempat lain pulak.

  • Sesi Pertama: Selasa, 21 Ogos 2018 – Stesen LRT Bukit Jalil (6:30 pagi – 10:30 pagi)
  • Sesi Kedua: Khamis, 23 Ogos 2018 – Stesen LRT Wangsa Maju (6:30 pagi – 10:30 pagi)
  • Sesi Ketiga: Jumaat, 24 Ogos 2018 – Blok Pejabat Wisma Yap Kwan Seng (11:30 pagi – 2:30 petang)
5938249519 F8A33D56A4
sumber: nasi lemak lover

Kalau korang ada lalu kat mana-mana tempat ni, jangan lupa dapatkan nasi lemak free ni tau! Jurucakap syarikat tu memaklumkan yang bukan Nasi Lemak ni je dorang nak bagi percuma tapi sebenarnya ada banyak lagi. Ya, itu yang kita nak dengar!

“Kami berikan Nasi Lemak bersempena dengan sambutan bulan kemerdekaan dan kami juga ada berikan goody bags dengan produk serbuk santan secara percuma.”

Santan Free Nasi Lemak
sumber: wob

Syarikat ni juga maklumkan pihaknya akan dermakan sebahagian wang kepada badan kebajikan kalau ramai kongsikan apa yang dorang suka bila jadi rakyat Malaysia kat laman Facebook syarikat.

“Untuk setiap entri, kami akan derma RM1 kepada badan kebajikan.”

Waaah bagusnya! Korang jangan terlepas pulak dapatkan Nasi Lemak free ni nanti ye!

Baca: Dato’ Seri Aliff Syukri Nak Bagi Makan Free Tapi Dia Kena Gelak Pulak Sebab Kesalahan Ni

Safaff

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.