in

Dato’ Seri Aliff Syukri Nak Bagi Makan Free Tapi Dia Kena Gelak Pulak Sebab Kesalahan Ni

Pagealiff

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Dato’ Seri Aliff Syukri ni satu Malaysia dah kenal dia. Dia pun jenis yang suka update kehidupan sehariannya di laman sosial sampaikan ramai dah tau perangai dia macam mana. Ada yang kata Aliff Syukri suka menunjuk kekayaan dia kat orang ramai.


Tapi katanya, dia just nak bagi inspirasi je kepada orang lain supaya berusaha dalam mengecapi apa yang dia ada sekarang. Kadang rasa kesian dengan Dato’ Seri Aliff sebab apa je dia buat akan dipersoalkan.

Aliff7
sumber: instagram

Dato’ Aliff sekarang dah bukak restoran dan baru-baru ni ada muat naik post di Instagram nak bagi makanan percuma kepada 100 orang pengunjung pertama selama tujuh hari bersempena cawangan baru Rumah Makan Terlajak Laris di Sungai Buloh.

Dia punyalah teruja pos gambar siap buat banner untuk pengiklanan tu tapi yang orang ramai nampak ialah kesalahannya dan bukan niat Aliff memberi makanan percuma kepada orang ramai.

https://www.instagram.com/p/BhYYVzhHqkE/?utm_source=ig_embed

Ramailah yang excited nak pergi makan free dekat Restoran Terlajak Laris ni, tapi ada yang macam tak puas hati sebab Dato’ Aliff tak provide details dengan betul dalam post tu memandangkan sebenarnya makan free tu hanya diberikan dari jam 10 pagi hingga 1 tengah hari je.

Aliff5
sumber: cari
Aliff4
sumber: cari

Bukan tu je, ramai yang gelak dan mempersendakan juga gambar Dato’ Aliff tu sebab ada typo dekat banner. Kalau korang tengok betul-betul, tahun yang diletakkan pada banner tu semuanya ialah pada 2108. So, sebab kesalahan ni je, banyaklah orang yang bagi komen tak berapa nak best untuk Aliff baca nanti.

Aliff2
sumber: instagram
Aliff6
sumber: cari

Nasib baik masih ada lagi peminat dan pengikutnya yang memahami dan cuba nasihat yang lain supaya fokus kepada kebaikan dilakukan dan bukannya tertawakannya semata-mata kerana typo tu.

Setiap orang pun ada membuat kesilapan. Apa salahnya kita maafkan dia lagi-lagi disebabkan kesalahan yang kecil ni. Jom fokus kepada 100 orang yang akan dapat makan secara percuma selama tujuh hari dekat restoran tu.

Siapa nak pergi?

Baca: Macam Istana! 6 Perkara tentang mahligai Aliff Syukri Yang Akan Buat Korang Ternganga

Palace Alliff 758X399 1

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.