in

“Syabas PDRM”-Polis Tahan 5 Beranak Naik Motor Ramai-ramai Bukan Untuk Saman Tapi…

Collage 40

Bila kita tengok orang yang bawa anak atas motor tanpa pakai helmet atau naik lebih dari dua orang  secara automatik kita akan jadi skeptikal.

Mostly, sebab kita risaukan keselamatan dorang. Yelah naik motor tu je risiko dia memang lagi bahaya dari naik kereta kan?

Namun tak dinafikan, ramai orang dekat luar sana yang tak mampu nak berkereta dan menjadikan motor sebagai kenderaan utama dorang untuk ke mana-mana bersama-sama satu keluarga.

Macam cerita yang dimuatnaik oleh Bernama News Channel di Facebook baru-baru ini dengan kapsyen “Polis dan masyarakat berpisah tiada”.

https://www.facebook.com/BernamaNewsChannel/posts/2461400873880122?__tn__=-R

Posting tersebut menceritakan bagaimana reaksi Polis Trafik Shah Alam selepas menahan satu pasangan menaiki motosikal bersama tiga anak-anaknya dan salah seorang darinya adalah bayi yang baru berusia 20 hari di Seksyen 13, Shah Alam.

Selepas menahan keluarga ini, pihak polis mendapat tahu yang keluarga ini sedang dalam perjalanan untuk pulang ke rumah mereka di Kampung Melayu, Subang.

Apa yang mengejutkan, instead of polis ni tahan atau saman dorang, mereka buat keputusan untuk tolong keluarga ni dengan menghantar ibu dan tiga anak-anaknya pulang ke rumah menaiki kereta polis. Wow baiknyaaa

Memang baguslah polis-polis ni, siap prihatin dengan keselamatan keluarga dan anak-anak ni. Admin salute.

Bukan admin je yang kagum dengan kebaikan pihak polis ni, netizen-netizen pun turut mengucapkan tahniah atas sikap keprihatinan yang ditunjukkan oleh polis.

Screenshot 2019 06 26 At 11.07.41 Am

Memang bagus tindakan PDRM ni dan memang patut dipuji. Tapi, kalau dah pihak polis baik macamni, kita janganlah ambil kesempatan pula. Kalau boleh sentiasalah ikut peraturan especially masa atas jalan raya. Okay?

 

Baca: “Mereka himpit anggota trafik tu…” – Cerita Sebenar Kenapa Pemuda Ni Kena Tembak Dengan Polis Trafik

Screenshot 2019 06 26 At 11.12.09 Am 1