in

“Mereka himpit anggota trafik tu” – Cerita Sebenar Kenapa Pemuda Ni Kena Tembak Dengan Polis Trafik

Tembakk

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Gempar pasal dua pemuda ditembak oleh polis trafik, hari ini Ketua Polis Kedah, Datuk Zainuddin Yaacob memberikan keterangan lanjut mengenai insiden tersebut.


Menerusi Harian Metro, tindakan lelaki itu sendiri yang menyebabkan anggota polis trafik yang mengejar mereka di kawasan Jalan Lencong Timur, di Alor Setar, Rabu lalu menyebabkan tembakan itu terpaksa dilepaskan.

 

Mereka cuba himpit polis.

64713979 145504059929349 5683418927309258752 N 1

Berdasarkan cerita daripada ibu mangsa baru-baru ini, mereka lari kerana takut tak ada lesen, tapi ketua polis tampil berikan cerita yang lebih terperinci semasa mereka lari tu.

“Siasatan awal kami mendapati, kedua-dua lelaki itu enggan mematuhi arahan polis untuk berhenti sebaliknya terus menunggang motosikal mereka dengan cara berbahaya serta melanggar beberapa persimpangan lampu isyarat.

“Dalam usaha lelaki berkenaan untuk melepaskan diri, mereka turut menghimpit secara berbahaya motosikal yang ditunggang oleh anggota trafik itu,

Menyedari tindakan berbahaya yang dilakukan oleh lelaki tu, anggota polis trafik terpaksa melepaskan satu das tembakan ke arah tayar motorsikal untuk memberhentikan mereka.

Menurutnya, tindakan itu dilakukan kerana tindak tanduk mereka amat mencurigakan. Tapi malangnya, terkena pada lengan mangsa.

“Tindakan berkenaan terpaksa diambil memandangkan tindak tanduk lelaki berkenaan amat mencurigakan.

“Malah, tindakan lelaki itu juga mendatangkan bahaya bukan sahaja kepada anggota trafik itu tetapi kepada orang awam lain,” 

“Satu siasatan terperinci berkaitan kes ini sedang dijalankan mengikut Seksyen 307 dan 186 Kanun Keseksaan serta Seksyen 42 Akta Pengangkutan Jalan 1987.”

Bagaimanapun pihak polis akan memberi jaminan siasatan secara profesional, telus dan adil bagi memastikan tiada pihak yang teraniaya.

 

Baca : “Macam anak saya buat jenayah berat” – Polis Trafik Tembak Penumpang Motosikal & Pergi Begitu Je Bila Lihat Takda Buat Salah

Tembak

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.