in

“Suspek boleh dikenakan hukuman gantung sampai mati” – Polis Klasifikasi Semula Kes Serangan Keatas Pengawal Keselamatan Sebagai Bunuh

Ft Pengawal Keselamatan Diserang

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Beberapa hari lepas viral satu video memperlihatkan seorang pengawal keselamatan diserang ketika bertugas di kolam renang sebuah kondominium di Perak pada Disember lalu.


Pengawal keselamatan tersebut telah meninggal dunia di rumahnya pada Jumaat lepas, hasil bedah siasat oleh pihak Hospital Raja Permaisuri Bainun mendapati punca kematian disebabkan jangkitan pada paru-paru (Sepsis).

Walau bagaimanapun ahli keluarga tidak berpuas hati dan mendakwa kematian mangsa itu ada kaitan dengan serangan tersebut, maka pihak polis telah menjalankan siasatan.

 

Suspek boleh kena hukuman gantung sampai mati

Pengawal Keselamatan Diserang 3

Oleh itu, polis telah mengklasifikasikan semula kes ini sebagai kes bunuh, lapor Astro Awani. Ketua Polis Perak Datuk Mior Faridalathrash Wahid berkata pihaknya telah merujuk semula kes berkenaan kepada pihak pendakwa raya hari ini dengan mencadangkan pertuduhan yang lebih tinggi dikenakan kepada suspek.

“Polis mengklasifikasikan semula kes ini pada hari mangsa tersebut meninggal dunia di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh dan jika disabitkan kesalahan suspek boleh dikenakan hukuman gantung sampai mati.

“Kes ini masih lagi menunggu arahan selanjutnya daripada pihak pendakwa raya,” 

Sabtu lepas, Mior Faridalathrash berkata susulan insiden pada 29 Disember itu, polis telah membuka kertas siasatan di bawah Seksyen 326 Kanun Keseksaan, dan suspek telah dituduh di Mahkamah Majistret Ipoh pada 6 Januari lepas kerana mendatangkan kecederaan parah, dan kes akan disebut semula pada 9 September ini.

Pengawal Keselamatan Diserang 2

Katanya, hasil siasatan mendapati kejadian berpunca daripada tindakan suspek yang tidak berpuas hati terhadap pengawal keselamatan itu kerana cuba menghalang anak suspek daripada menggunakan kolam renang yang tidak dibuka kepada orang ramai ketika itu.

 

Baca : Telan Rantai Emas Elak Kantoi, Polis Paksa Pencuri Makan Julap Untuk ‘Keluarkan’ Semula

Cover 21

Sumber: Twitter
Sumber: Twitter

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.