in

Telan Rantai Emas Elak Kantoi, Polis Paksa Pencuri Makan Julap Untuk ‘Keluarkan’ Semula

Cover 21

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Seorang pencuri di India dilaporkan telah dipaksa untuk makan pisang dan julap selepas dia menelan seutas rantai emas yang diragut dari seorang wanita di Bengaluru.


Menurut sumber, kejadian tersebut berlaku pada pukul 8.50 malam, Sabtu lalu. Pencuri tersebut, Vijay Gunda Thali berjaya ditangkap selepas orang ramai mengejar dan memukul ketika dia cuba untuk melarikan diri.

A 1

Vijay melakukan jenayah itu bersama dua orang lelaki lain, yang dikenali sebagai Sanjay dan Prem. Bagaimanapun, baki dua peragut ini masih lagi cuba dikesan selepas mereka berjaya melarikan diri pada hari kejadian.

Pada hari kejadian, mangsa yang dikenali sebagai Hema memegang erat rantai emas miliknya apabila ketiga-tiga peragut cuba untuk mengambil barang kemas itu. Kejadian tersebut berjaya menarik perhatian orang awam yang hadir untuk menghulurkan bantuan.

Vijay berjaya mencuri rantai emas seberat 70 gram itu, namun telah ditangkap dan dipukul oleh orang awam. Bagaimanapun, orang ramai mula pelik apabila rantai emas tersebut tidak kelihatan di tempat kejadian.

B

Pencuri tersebut kemudiannya dibawa ke hospital berdekatan oleh pegawai polis yang bertugas pada ketika itu. Hasil pemeriksaan Sinar X (X-Ray) mendapati rantai emas itu berada di dalam perut Vijay.

Untuk mendapatkan semula emas yang dicuri, pihak polis telah memaksa Vijay untuk makan pisang agar ia dapat dikeluarkan melalui proses pencernaan. Namun, cubaan itu gagal.

Bagaimanapun, emas tersebut berjaya dikeluarkan selepas doktor memberikan julap kepada Vijay.

 

Sumber: News 18

BACA: Rumah Warga Emas Di Thailand Ini Terbakar Lepas Guna Api Dapur Gas Untuk Takutkan Pencuri

Capture 11

Sumber: Daily Hunt
Sumber: Daily Hunt

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.