in

Susah Bernafas & 8 Lagi Kesan Buruk Jika Bagi Anak Umur Bawah 2 Tahun Makan Ubat Batuk!

Ubatbatukbawah2Tahun

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Selama ini dalam mindset kita anak batuk, kalau tak bawa pergi klinik terus pergi farmasi  beli dan bagi anak makan.

Tak dinafikan sebagai orang biasa macam kita ni mesti ada satu mindset ubat yang dah disahkan secara klinikal ini bagus ataupun sebab ia dijual di farmasi. Tak semestinya!


Biarpun dah ada ubat batuk yang khusus untuk kanak-kanak ia sebenarnya tak dijamin bagus untuk merawat ‘sakit’ jika masih dibawah umur 2 tahun .

Staff Primary Care ini ada kongsikan bahawa pakar sendiri dah nyatakan ada kesan sampingan pada anak nanti.

 

Sebab kenapa diserang batuk

” Apabila ada ibu bapa datang ke klinik membawa anak berusia 2 tahun ke bawah kerana batuk, pasti mereka akan minta ubat batuk. Di sini lah tugas kami di primary care untuk memberi informasi yang betul dan mengedukasi para ibu dan bapa tentang ubat batuk.

Kenapa kita batuk?

Saya selalu cakap pada ibu bapa. Batuk ini sebagai anugerah tuhan. Ia merupakan satu common reflex action yang membantu mengeluarkan kahak atau benda asing di kerongkong kita. 

Bayangkan jika Allah tak beri kita batuk? Sudah tentu kahak makin lama makin banyak di tekak dan ini sudah tentu membuat kita makin tak selesa. Begitu juga dengan benda asing atau foreign body. Dengan ada nya batuk, ia membantu mengeluarkan benda asing ini.

Bagi Shakirah Halim, dia sama sekali tidak menggalakkan  ibu bapa berikan anak mereka yang berumur dibawah 2 tahun makan ubat batuk jika yang cuba meminta kepadanya.

Sebagai kakitangan di pusat penjaagaan kesihatan, dia bertanggungjawab untuk mendidik para ibu bapa ianya bukanlah langkah yang baik untuk ubati batuk anak.

 

Bukti kanak-kanak bawah 2 tahun tak dibenarkan makan ubat batuk!

Tapi, perlu kah kanak kanak di bawah 2 tahun minum ubat batuk?

The Us Food and Drug Administration (fda) merekomendasikan kanak kanak di bawah 2 tahun tidak boleh diberikan ubat batuk terutama ubat yang available over the counter (otc).

Malahan, the american academy of paediatrics pula tidak merekomendasikan ubat batuk pada kanak kanak di bawah 4 tahun.

Ubat batuk yang mana pula yang tidak boleh?

1: cough expectorant (guafenesin) 
2: cough suppressant (dextromethorphan) 
3: decongestants(pseudoephedrine, phenylephrine) 
4: certain antihistamine (clhorpheniramine) “

Tambahnya lagi, orang pakar (The US Food & Drug Administarion) sendiri telah menegaskan bahawa kanak-kanak dibawah umur 2 tahun tidak boleh diberikan ubat batuk komersial.

Selain itu, pakar kesihatan kanak-kanak dari Amerika Syarikat juga menegaskan bahawa mereka di bawah umur 4 tahun tidak dibenarkan memakan empat jenis ubat batuk tertentu.

 

Kesan negatif jika makan ubat batuk

43951464 1147230508749836 2865506299041284096 N
Sumber : facebook

“Kenapa ia berbahaya?

Cuba rujuk dalam gambar di bawah (atas) di ruangan side effect ubat batuk.

Jadi, apa perlu saya buat jika anak saya batuk?”

Merujuk kepada keratan akhabr yang dikongsikan, jika anak dibawah umur 2 tahun ‘dimanjakan’ dengan ubat batuk. Kebarangkalian boleh mendapat kesan-kesan ini:

  • Degupan jantung semakin meningkat
  • Ketagihan
  • Pemandangan kabur
  • Susah kencing
  • Pening-pening
  • Mual atau muntah teruk
  • Jalan goyah dan tidak stabil
  • Pernafasan perlahan / susah bernafas
  • Rasa teruja, ketakutan dan kerengsaan yang luar biasa

 

Jika anak batuk, ‘ubati’ dengan 8 langkah ini

“1: pastikan anak anak kita stay hydrated. Beri makan yang berkhasiat dan minum secukupnya. Saya selalu pesan, bagi buah buahan kaya vitamin c kepada anak anak seperti buah oren.

2: saline drops also can help loosen secretions from a cold, and lubricate the nasal and sinus passage. These drops are very helpful in assisting infants clear their nose. Saya juga akan menasihatkan ibu membeli nasal aspirator untuk menyedut hingus anak anak di rumah. Jika hidung mereka penuh dengan hingus / mucus.. mereka pasti menolak untuk menyusu.

3: cuci tangan sebelum memegang anak anak. Hand sanitizer amat penting dan senang di bawa kemana mana.

4. Pastikan tiada rapid breathing atau nafas laju. Jika ada, (mengikut umur) langsung bawa ke hospital.

5: Menggunakan sapu tangan / menutup mulut jika batuk. Jika perlu, anda pakai mask.

6: kurangkan membawa anak di tempat awam.

7: jangan meludah merata rata

8: bagi anak anak yang ada asthma, prevention is better than cure. Eliminate sebarang pencetus seperti haiwan, carpet, pollen, rokok dan lain lain lagi.

Senang kan?”

Tapi kalau dah batuk sangat, jangan lah biarkan begitu sahaja, lakukan 8 langkah yang dikongsikan oleh Shakirah Halim ini. Langkah-langkah ini juga bagus untuk mencegah dan melindungi anak daripada terkna batuk yang teruk.

 

Baca : Ibu Sangka Anak Batuk, Demam Biasa Namun Meninggal Selepas Dua Minggu Akibat Paru-paru Dijangkiti Kuman

Anakmeninggal

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.