in

Ibu Sangka Anak Batuk, Demam Biasa Namun Meninggal Selepas Dua Minggu Akibat Paru-paru Dijangkiti Kuman

Anak Sakit

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Ajal dan maut sudah tertulis di tangan Tuhan. Tidak semestinya yang tua harus pergi terlebih dahulu. Boleh jadi anak yang belum akil baligh pergi dahulu sebelum ibu bapanya.


Menerusi perkongsian Hani HassAmir Aishah telah diuji dengan kehilangan anak sulungnya, Muhammad Hakim Danish pada usia yang sangat muda. Kanak-kanak itu sebelum ini tidak menghidapi sebarang penyakit kronik, jauh sekali kanser tetapi hanya bermula dengan batuk-batuk dan demam biasa.

18582081 10209012982793531 6460520479145723610 N
sumber: facebook

Menurut Aishah,

Sakit Muhammad Hakim Danish ini sebenarnya bermula pada batuk-batuk yang agak lama dan diiringi demam yang sekejap baik, sekejap panas. Penyakit ini berlarutan hingga ke dua minggu terakhir.” 

“Semasa kami bawa ke hospital, niat kami hanya ingin membawa adiknya sahaja kerana keadaannya nampak lebih bahaya dari abangnya.”

18447004 2090538914291407 8073735876959303578 N
sumber: facebook

“Akan tetapi apabila di hospital, doktor yang merawat adik mengatakan kepada kami bahawa keadaan arwah sangat teruk dan harus dibawa ke wad kecemasan,” katanya lagi.

Bermula dari situ menurut Aisyah, adik Hakim terpaksa bernafas melalui oksigen dan demam serta batuknya semakin memburuk. Malah hasil laporan x-ray arwah juga menunjukkan terdapat kuman pada paru-paru adik Hakim walaupun keadaannya masih lagi stabil.

18403012 2090538857624746 623203565172458072 N
sumber: facebook

Adik Hakim telah ditahan di hospital selama seminggu sehinggakan keadaannya bertambah buruk dan dia terpaksa ditukarkan ke wad ICU, seterusnya ke Institut Pediatrik (PICU), Hospital Kuala Lumpur.

Kuman pada paru-paru arwah semakin banyak dan didapati ada tiga virus positif. Semakin lama, dia semakin tenat dan oksigen dipakai arwah tidak boleh lagi diterima.” 

Kuman juga telah merebak pada hati dan buah pinggang.”

18622398 10209012983073538 4210963885069984772 N
sumber: facebook

Aisyah kemudiannya mengatakan dia tidak kuat lagi meneruskan cerita selanjutnya mengenai Hakim. Sedihnya!

18620250 10209012982353520 1337605353304123762 N
sumber: facebook
18581457 10209012981433497 2802421650869771469 N
sumber: facebook

Sungguhpun begitu, adik Hakim iaitu Danial yang datang bersama-samanya ke hospital dulu telah pun dibenarkan keluar dari hospital pada Rabu lepas. Walau bagaimanapun, anak bongsu Aisyah, Aleesya pula ditahan di wad kecemasan selang tiga hari selepas itu kerana bernafas laju, batuk-batuk dan demam yang berbalik.

Sehingga hari ini, Aleesya masih berada di bilik khas wad institut pediatrik kerana dikhuatiri mengalami simptom yang sama seperti abang-abangnya.

Doakan adik Puteri Iris Aleesya cepat sembuh seperti sediakala. Amin rabbal alamin.”

Netizen yang membaca perkongsian tersebut amat bersimpati dengan apa yang menimpa keluarga tersebut. Ada juga yang sempat mengingatkan supaya sentiasa peka dengan keadaan anak-anak yang sakit dan cepat-cepat membawa mereka ke hospital jikalau sakit tersebut makin melarat.

Kes macam ini yang selalu risau. Nampak biasa-biasa tapi sebenarnya dah teruk. Kita kena selalu beringat. Anak-anak kesayangan kita.” 

Jangan ambil ringan bila anak-anak batuk, selsema dan demam. Tengok cara anak bernafas macam mana. Antara tanda pneumonia ialah batuk berlarutan diikuti sesak nafas, tidak aktif, letih, hilang selera makan, sakit pinggang dan demam.”

Mungkin ada benar juga kata-kata pengguna Facebook ini. Sentiasalah pantau keadaan anak-anak. Perkara seperti ini tidak boleh diambil mudah. Semoga keluarga arwah tabah menghadapi dugaan berat ini.

Baca: Ibu Kongsi Kisah Anak Hidap Sakit Misteri Menyebabkan Tangan Membengak Hingga Perlu Dipotong

Kudis Baik 1

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.