in

“Suruh dia saman malu!” – Lelaki Kena Buang Kerja Sebab Kawan Office ‘Umum’ Dia Gay Dalam Whatsapp

Gay Kena Pecat

Disclaimer: Lobak Merah tidak menyokong LGBT dan artikel ini tidak bermaksud Lobak Merah menggalakkan aktiviti LGBT.

Okay, cerita dia macam ni. Seorang lelaki bernama Danial berkongsi cerita pasal rakan dia yang berstatus gay dekat Twitter, pagi tadi. Mengejutkan, disebabkan memilih untuk menjadi gay rakannya sampai dibuang kerja hari ini. Begini ceritanya…

 

Ada tiket wayang lebih

Pada asalnya, kawan Danial ni punya niat cuma nak tanya kalau ada sesiapa nak tengok wayang sebab dia ada 2 tiket lebih.

https://twitter.com/danialzainnn/status/1178496370858024960

 

“Sorry bro, Aku takut kluar ngan kau bro…”

Lepas tu tanpa disangka-sangka, jawapan dan respon yang diterima buat dia terasa hati. Kata kawan office, dorang takut nak keluar dengan dia disebabkan status dia sebagai gay tu.

Sorry bro, aku takut keluar dengan kau bro. Takut kau nak raba raba aku ke. Kitorang takut sikit dengan kau.”

Disebabkan mesej tu, kawan Danial menangis sebab officemate tak pasal pasal nak sentuh isu status gay dia tu. Yelah, mana tidaknya dah lah terasa hati lepas tu malu pun satu hal sebab dalam Whatsapp group tu ada bos sekali.

 

“Kejam betul orang zaman sekarang”

Menurut Danial, pagi tadi lepas sampai office je kawan dia terkejut sebab dimaklumkan yang dia dibuang kerja disebabkan kes itu.

Padahal niat dia taknak bazir kan tiket tu. Ya Allah. Kejam betul orang zaman sekarang hina dia macam tu sampai cucuk bos suruh buang dia.”

“Saman orang tu sebab buka aib”

Ramai netizen yang bagi cadangan supaya kawan dia buat sesuatu antaranya, saman malu sebab buka aib dia dan buat laporan dekat jabatan buruh. Kata mereka, dia punya pilihan untuk menjadi gay itu tak ada kena mengena dengan kerja.

Netz Terkejut
sumber: twitter

 

“Dah nak bertunang”

Mengikut tweet Danial, kawan dia dikatakan akan bertunang tahun depan dengan pilihan mak dia. Melalui apa yang admin faham dengan cara Danial cerita, kawan dia adalah bekas gay dan kini dah berubah.

Kata Danial lagi,

I cerita sebab kesian pada dia bukan untuk orang terima LGBT ke apa. Human is still human.”

Baca: “Ni sang*p sangat agaknya” – Konduktor 52 Tahun Dipecat Sebab Cabul Penumpang Pondan Dalam Bas

Konduktor Bas Gatal