“Tak akan nak tunggu azab baru nak sedar?”
Itu antara persoalan yang dibangkitkan pendakwah bebas, PU Amin yang menyeru masyarakat supaya memboikot drama, filem dan kandungan yang didakwa mempunyai unsur budaya songsang.
Menerusi hantaran di Threads, PU Amin meminta orang ramai supaya lebih peka terhadap kandungan yang disifatkan bercanggah dengan nilai serta pegangan agama.
“Kena bangkit boikot dan haramkan drama, filem, konten Melayu Islam yang ada unsur LGBT,” tegasnya.
Menurutnya, masyarakat tidak seharusnya berdiam diri kerana kandungan sebegitu dibimbangi boleh mempengaruhi pemikiran serta pembentukan generasi akan datang.
“Tak akan nak tunggu azab baru nak sedar, apa akan jadi pada anak-anak keturunan kita nanti?”
“Tak akan tak risau masa depan generasi kita? Jangan diam!”
Kenyataan itu hadir susulan kecoh di media sosial sebelum ini apabila segelintir penonton meluahkan rasa kurang senang terhadap beberapa drama tempatan yang didakwa mengetengahkan unsur LGBT.
View on Threads
Artikel berkaitan: “A story is more than just a story” – Elisya Sandha Tampil Bersuara Isu Drama Didakwa Ada Unsur L*BT
Artikel berkaitan: “Pemberi ilmu tak boleh letak harga, tapi..” – PU Amin Anggap Tiada Masalah Majlis Ilmu Kena Bayar Kalau…
Menteri Agama tolak tayangan drama Madu Atau Racun
Sementara itu, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Dr Zulkifli Hasan menegaskan kementeriannya menolak penayangan drama Madu atau Racun yang didakwa mempunyai unsur-unsur bertentangan dengan ajaran Islam sehingga menimbulkan keresahan serta kontroversi dalam kalangan mansyarakat.
Pihaknya begitu kesal dengan tindakan memasukkan elemen menyentuh sensitiviti agama dan norma budaya tempatan, sama ada secara tersurat mahupun tersirat.
