Masih Gagal Dihubungi, Ahli Keluarga Nadia Kesuma Buat Laporan Polis

Tambah ke Sumber Pilihan
Nadia Kesuma

Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengesahkan telah menerima laporan kehilangan pelakon Nadia Kesuma selepas beliau dilaporkan gagal dikesan ketika berada di Lapangan Terbang Antarabangsa Raja Abdul Aziz, Jeddah, Arab Saudi pada Khamis lalu.

Kehilangan itu menimbulkan kebimbangan ahli keluarga selepas usaha menghubunginya tidak membuahkan hasil. Kes tersebut kini diklasifikasikan sebagai orang hilang bagi membolehkan siasatan lanjut dijalankan secara rasmi.


Difahamkan, laporan itu dibuat oleh adik lelaki Nadia Kesuma yang berusia 47 tahun selepas ahli keluarga gagal mengesan keberadaannya sejak beberapa hari lalu.

Pelakon berkenaan dilaporkan berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) ke Jeddah pada 15 Januari lalu kira-kira jam 12.30 pagi sebelum dilaporkan hilang semasa transit.

Screenshot 2026 01 17 At 10.48.40 Am

Artikel berkaitan: “Beliau tidak menaiki penerbangan yang dijadualkan” – Agensi Umrah Sahkan Pencarian Nadia Kesuma Diteruskan Di Jeddah

Artikel berkaitan: Pelakon Nadia Kesuma Gagal Dijejaki Lepas Tiba Di Jeddah, Sempat Hantar Mesej Terakhir Kepada Suami

Susulan laporan berkenaan, kes itu telah dirujuk kepada Konsulat Malaysia di Arab Saudi bagi mendapatkan kerjasama pihak berkuasa tempatan dalam usaha mengesan keberadaan pelakon terbabit.

Ahli keluarga juga dilaporkan telah menghubungi Wisma Putra untuk mendapatkan bantuan diplomatik bagi mempercepatkan proses pencarian.

Sebelum ini, Nadia Kesuma dilaporkan menyertai kumpulan umrah dan ziarah anjuran sebuah agensi pelancongan melibatkan 21 peserta yang dijadualkan berlangsung dari 14 hingga 28 Januari.

Berdasarkan maklumat awal, isyarat terakhir telefon bimbitnya dikesan berada di lapangan terbang berkenaan sebelum baterinya menjadi lemah.

Sumber: Berita Harian

Apa rasa korang?

Topik berkaitan

Fahmy Rosli
Lagi tulisan Fahmy
Seorang Chef, pendengar muzik indie tanah air dan peminat tegar Kugiran Hujan. Optimis dan berwawasan. Motto hidup; “Mana ada perjuangan yang patah”.

Jangan terlepas cerita panas.

Dapatkan cerita pilihan kami terus ke e-mel anda.
Newsletter
Kami hanya guna e-mel anda untuk surat berita kami.

Reels

Rehat kejap. Leret, tonton, gelak.

Lihat di Instagram(buka di tab baharu)

Jangan terlepas cerita panas.

Dapatkan cerita pilihan kami terus ke e-mel anda.

Percuma

Lobak Merah

Cerita pilihan kami

  1. Bunyi Penggera Kecemasan Terus Ke Telefon, Rupanya Ini Teknologi Di Sebalik Tabir MySiren
  2. “Asyik Genting dengan Cameron je” – Ini 9 Tempat Percutian Sejuk Yang Ada Di Malaysia
  3. Tandas Pun Boleh Menang Anugerah? Ini Yang Menarik Tentang PETRONAS Presint 18!
Dengar

Masuk ke Lobak Merah

Akaun pembaca Lobak Merah dibuka tak lama lagi. Nanti korang boleh simpan cerita yang korang suka dan sambung baca bila-bila masa.

Kongsi cerita ni

Masih Gagal Dihubungi, Ahli Keluarga Nadia Kesuma Buat Laporan Polis
Facebook X Telegram Threads
lobakmerah.com/masih-gagal-dihubungi-ahli-keluarga-nadia-kesuma-buat-laporan-polis/

Cari cerita

Carian tengah naik

  1. anwar ibrahim
  2. kementerian digital
  3. najib razak
  4. PDRM