in

“Ni sang*p sangat agaknya” – Konduktor 52 Tahun Dipecat Sebab Cabul Penumpang Pondan Dalam Bas

Konduktor Bas Gatal

Seorang konduktor bas dipecat selepas didapati membuat perkara tak senonoh terhadap penumpang ketika dalam perjalanan dari Bangkok ke Nong Bua Lamphu berdekatan dengan Udon Thani.

Menurut Thaiger, perbuatan Chokchai Laoweerapong, 52, terbongkar lepas status Facebook penumpang berstatus transgender itu viral selain turut membuat laporan polis.

Konduktor Bas3
sumber: asia one

Transgender berusia 25 tahun itu menceritakan pengalamannya di mana pada mulanya Chokcai mengambil selimut sebaik saja bas berlepas jam 8.40 malam.

Ketika menyerahkan selimut itu kepadanya, Chokcai memegang lengannya tapi dia sangka lelaki itu hanya nak bergurau. Beberapa minit selepas tu, Chokcai pegang lengannya dan dia mula rasa tak selesa tetapi hanya berdiam diri.

Konduktor Bas1
sumber: asia one

Tak lama lepas tu dia tertidur dan tersedar apabila dapat rasa sesuatu menyentuh lengannya. Bila dia buka mata, dia terkejut nampak konduktor bas itu menggeselkan anu dia dekat lengannya.

Lepas tu, dengan selamba Chokcai terus ambil tangan dia dan cium. Bukan tu je, dia juga tiba-tiba mencium pipi transgender tersebut membuatkannya menjerit,

Apa yang kamu lakukan ni?!”

Terkejut dengar jeritan itu, Chokcai terus kelam kabut pergi dari situ. Tapi, dia tak berputus asa di situ je. Ketika bas itu sampai di Nong Bua Lamphu, cuma ada 3 penumpang termasuk dirinya. Tapi, bila tiba di daerah Na Klang, kedua-dua penumpang tu turun dan tinggal dia keseorangan dalam bas.

Menyedari transgender itu berseorangan, Chokcai mengambil kesempatan lagi dan terus duduk di sebelahnya buat-buat berbual sambil tangannya meraba-raba. Transgender tu kemudian buat-buat tertarik dan bersembang dengan Chokcai tapi sebenarnya dia merakam perbuatan lelaki itu diam-diam.

Tak eloklah buat seks dalam bas.”

Konduktor Bas2
sumber: asia one

Sampai je di destinasi, kebetulan bas itu berhenti di depan balai polis daerah berkenaan. Dia meminta saudaranya untuk datang ambil dan terus buat laporan polis dengan menunjukkan rakaman video tu sebagai bukti.

Dia juga ada update status di Facebook menceritakan kejadian tersebut dan balai polis daerah Suwan Khuha kemudian mengambil tindakan terhadap konduktor bas tersebut. Chokcai dilaporkan telah dipecat dan syarikat bas yang tak didedahkan nama itu juga disaman sebanyak 5,000 Baht (RM667).

Baca: “Main syak ja, hanat btoi betina” – Remaja Mengadu Dicabul Dalam Ambulans Tapi Netizen Tak Percaya Sebab…

Collage 37