in

Sumpah Sang Saka Biru : Kisah Man Bongek Yang Tetap ‘Kebal’ Walau Ditembusi Peluru Dan Bermandi Darah

Featured New 2

Kita acapkali didendangkan dengan kisah-kisah kejayaan rakyat Malaysia yang berjaya menempa nama sama ada di dalam negara atau di pentas dunia.

Namun dalam coretan-coretan kejayaan tersebut pasti ada kisah yang tercicir, mungkin lupa untuk dikongsikan atau mungkin kisah ini cukup ‘eksklusif’ untuk diperdengarkan kepada rakyat di luar sana.

Namun kisah yang satu ini, mengenai si ‘unsung hero’ yang berjuang bermatian-matian demi tanah air tercinta wajar diangkat sebagai teladan bersama.

 

Ini kisah Man Bongek, si hati kering yang meski dirobek peluru bermandi darah tetap berjuang melawan ‘musuh’

67008391 10157378316883050 789096225122025472 N
Sumber: facebook

Mengejar dan menangkap penjenayah bukan sesuatu yang mudah, perlu perancangan yang teliti supaya ia tidak gagal di akhirnya nanti.

Begitu juga yang dilakukan Man Bongek dan pasukannya dari Cawangan D9 (Jenayah Berat) Kuala Lumpur yang bersedia ‘bersemuka’ dengan penjenayah dikehendaki Sunny Leong.

TARIKH 30 Julai 1994.

Jam menunjukkan pukul 10.15 pagi.

Man Bongek dan rakan-rakannya dari Cawangan D9 (Jenayah Berat) Kuala Lumpur sudah bersedia dengan senjata semi automatik di tangan masing-masing.

Sasaran mereka adalah penjenayah paling dikehendaki, Sunny Leong yang pulang ke rumahnya di Taman Cuepacs, Cheras, Kuala Lumpur.

Sebelum ini Sunny melarikan diri agak lama ke Thailand setelah terlibat dalam beberapa siri rompakan bersenjata api di sekitar Lembah Kelang.

 

Dua butir peluru dari senjata Sunny berjaya hinggap ke tubuh Man Bongek sebelum menembusi rusuk dan melekat di peparunya. Darah membuak keluar…

67298671 10157378353398050 1315933672611774464 N

67138009 10157377475343050 8319336538362085376 N
Sumber: facebook

Walaupun Man Bongek baru berusia 32 tahun ketika itu, namun pengalamannya bukan calang-calang, apatah lagi bekas anggota Unit Tindak Khas (UTK) itu sangat dikenali oleh rakan-rakannya sebagai seorang yang ‘berhati kering’, yang sanggup buat apa saja demi memastikan kejayaan setiap operasi yang mereka sertai .

Namun sebaik saja mereka berjaya memecah masuk ke rumah suspek, suasana menjadi agak hening. Kelibat Sunny langsung tidak kelihatan. Puas mereka mencari dari satu bilik ke satu bilik namun hampa.

Hati Man Bongek mula gelisah. Dia tahu bagai ada sesuatu yang tak kena. Ternyata telahannya benar. Tidak semena-mena tiba-tiba Sunny muncul dari arah dapur dan melepaskan tembakan membabi buta ke arah mereka.

Dua butir peluru dari senjata Sunny berjaya hinggap ke tubuh Man Bongek sebelum menembusi rusuk dan melekat di peparunya. Darah membuak keluar dan membasahi tshirt serta jaket kalis peluru yang dipakainya. Malang sekali kerana peluru Sunny masuk di celah jaket tersebut yang tiada berpelindung.

 

Yang pasti walau parah ditembak, ia langsung tidak mematahkan semangatnya. Sebaik saja sembuh, Man Bongek…

Dah nama pun polis, pasti semangat tetap berkobar-kobar untuk memberkas penjenayah meskipun keadaan diri tidak mengizinkan.

Malah, walaupun dalam keadaan cedera akibat tembakan namun itu bukan alasan untuk Man Bongek berhenti daripada menangkap penjenayah.

Walaupun Sunny berjaya ditembak mati dalam operasi itu namun hampir seminggu Man Bongek koma di hospital dan lebih sebulan terpaksa berada di wad. Walaupun peluru tersebut berjaya dikeluarkan namun serpihannya masih ada di tubuh Man Bongek sehingga kini!

Yang pasti walau parah ditembak, ia langsung tidak mematahkan semangatnya. Sebaik saja sembuh, Man Bongek tidak menunggu lama untuk kembali ‘beraksi’.

Dalam operasi memburu seorang lagi penjenayah yang dikehendaki, Fei Loong di Balakong, Selangor, Man Bongek telah bertindak mengejar kereta yang dipandu suspek dengan sebuah motorsikal berkuasa tinggi sambil dibonceng rakan sepasukannya.

Ketika adegan kejar tersebut, Fei Loong bertindak melepaskan dua das tembakan ke arah Man Bongek namun beliau bernasib baik kerana ia terkena pada jaket kalis peluru yang dipakainya.

Sebaik saja berjaya memintas kereta yang dipandu Fei Loong, Man Bongek tidak menunggu lama untuk membalas tembakan sehingga memyebabkan suspek mati dan rebah terkulai di stering keretanya!

 

“Sehingga sekarang serpihan peluru-peluru kecil masih melekat di tubuh saya dan ia terpaksa saya ‘tanggung’ hingga ke akhir hayat.”

67185679 10157378387978050 2872047332369629184 N
Sumber: facebook

Itu hanya secebis kisah daripada 10 tahun perkhidmatannya di Cawangan Jenayah Berat. Selepas itu Man Bongek bertukar pula ke Cawangan Kongsi Gelap (D7) dan kini bertugas di bahagian trafik Bukit Aman sementara menunggu tarikh persaraan wajibnya dua tahun lagi.

” Saya benci penjenayah. Kemarahan saya semakin memuncak bila saya sendiri menjadi mangsa mereka, sehingga sekarang serpihan peluru-peluru kecil masih melekat di tubuh saya dan ia terpaksa saya ‘tanggung’ hingga ke akhir hayat.

” Allah saja yang tahu betapa sengsaranya saya kerana paru-paru saya terpaksa ditebuk dan hampir 10 botol darah terpaksa dikeluarkan daripada organ saya itu.

” Itulah harga sebuah pengorbanan dan saya redha demi memastikan keamanan terus dikecapi masyarakat walaupun tanpa pingat kebesaran segala,”.

Menurut Man Bongek, beliau sering menyapu darah suspek yang ditembak ke wajahnya sebagai tanda ‘kepuasan’ kerana berjaya menumpaskan penjenayah!

 

Yang jelas, negara perlukan lebih ramai individu seperti Man Bongek yang mempunyai semangat patriotisme yang luar biasa.

Kehebatannya menumpaskan musuh dan berhempas pulas ‘bertarung’ demi keamanan negara bukan demi wang ringgit sebaliknya nilai sebuah negara yang makmur.

Mereka adalah wira yang tidak didendang atau ‘unsung hero’ yang tak mungkin dapat kita balas jasa dan budi yang dicurahkan. Mereka bukan ‘bertelur sebiji tetapi riuhnya sekampung’ .

Orang seperti Man Bongek telah menyempurnakan sumpah Sang Saka Biru yang mereka lafazkan.

Salute buat Man Bongek@ Sarjan Mejar Nor Azman ‘Blade’ Mohd Zain.

Syahril A. Kadir

 

Baca : Beratus mati di tangannya Sarjan Sabu, Polis Otai Sampai Digelar Malaikat Maut Oleh Penjenayah!

Hey