in

“Beratus mati di tangannya” – Sarjan Sabu, Polis ‘Otai’ Sampai Digelar ‘Malaikat Maut’ Oleh Penjenayah!

Sabu

Disebalik nama-nama perwira yang kita kenal seperti S. Kulasingam yang menjatuhkan ‘taiko’ besar Botak Chin dan Blossom Wong, bekas perisik  PDRM ala-ala James Bond, ada lagi seorang tokoh yang mungkin kita generasi baru tak pernah dengar.

Sarjan (B) Nazaruddin atau lebih dikenali sebagai Sabu, merupakan anggota polis yang digeruni oleh penjenayah-penjenayah tegar pada sekitar tahun 80-an.

Nak tahu kehebatannya menumpaskan penjenayah? Baca perkongsian Syahril A. Kadir ni.

 

1. Digelar ‘Malaikat Maut’ oleh Penjenayah.

66856961 10157370873373050 8715632883001196544 N

Sarjan (B) Nazaruddin atau lebih mesra dengan Sarjan Sabu ini merupakan bekas anggota Unit Tindak Khas (UTK) dan detektif Cawangan Jenayah Berat (D9) Kuala Lumpur.

Pada sekitar 80-an, dia memang cukup terkenal dengan gelaran ‘Malaikat Maut’. Gelaran itu diberikan kerana ramai penjenayah yang cuba nak lawan dia berakhir dengan kematian ditangannya

“Di tangannya saja, berpuluh dan mungkin beratus perompak, penculik, pembunuh dan penjenayah tegar yang mengganas di ibu kota Kuala Lumpur sekitar tahun 80’an mati di hujung senjatanya sampaikan ada di kalangan penjenayah menggelarnya Malaikat Maut!”

 

2. Duduk beberapa jam sahaja di wad lepas leher kena tembak.

67192276 10157370874253050 4248065961069903872 N

Kekuatan fizikalnya memang tak terkata, pernah ditembak di leher, pernah hampir lumpuh sebab terjatuh sewaktu latihan payung terjun bahkan badan calar balar akibat bergelut dengan samseng tu dah dikira perkara biasa baginya

“Kerana semangat yang luar biasa, beliau tidak pernah menunggu lama untuk berada di wad. Sewaktu kelongsong peluru menembusi lehernya, Sabu hanya baring beberapa jam di wad, ini kerana beliau ambil keputusan untuk ‘lari’ sebab hendak menyambung tugas!”

“Dalam peristiwa tebusan Penjara Pudu pada tahun 1986, Sabu dan rakan-rakan UTKnya hanya mengambil masa beberapa minit untuk menumpaskan kumpulan penculik di penjara tersebut – dan mereka hanya menggunakan batang rotan!”

 

3. Dianugerahkan Panglima Gagah Berani (PGB) oleh Yang Dipertuan Agong.

Pada waktu itu pingat ini jarang diterima oleh individu yang masih hidup.

“Disebabkan semangat dan keberaniannya yang luar biasa, Yang Dipertuan Agong berkenan menganugerahkan pingat kedua tertinggi keberanian negara, pingat Panglima Gagah Berani (PGB) kepada Sabu.”

 

4. Perasaan takut tetap ada..Ajal maut di tangan Tuan – Sarjan Sabu.

66768355 10157370874003050 8690275271531560960 O

Syahril yang pernah bekerja sebagai wartawan bahagian jenayah pernah menemuramahnya dulu, katanya dia tak nafikan perasaan takut untuk berlawan dengan penjenayah itu ada, tapi perasaan itu hilang apabila..

“Tiap-tiap manusia ada perasaan takut, bila kita nak pergi ke satu-satu operasi, belum bergerak lagi kencing dah tak betul. Walaupun dah dilatih, perasaan takut tetap ada, toksah temberanglah.”

“Tetapi bila dapat tahu penjenayah itu suka bunuh orang dan sebagainya, perasaan takut itu hilang. Masuk saja van, kita dok ingat muka penjenayah tu saja. Kita tahu kita mesti nak ‘ambil’ dia.”

” Ajal maut di tangan Tuhan, Bismillah…JALAN!”

 

5. Sanggup bergadai nyawa bagi memastikan kita tidur lena.

67288136 10157370873778050 9545023649480704 N

Menurut Syahril, Sarjan Sabu kini semakin seolah-olah dilupakan. Beliau kini berumur dalam lingkungan 70-an dan tinggal di pangsapuri PPR Jalan Peel, Cheras.

Biarpun tiada gelaran kebesaran seperti Datuk atau Tan Sri, pihak PDRM masih ingat untuk menjemputnya ke Pusat Latihan Polis setiap kali ulang tahun pasukan.

“Insan seperti Sabu adalah antara ribuan anggota pasukan keselamatan yang sangup bergadai nyawa bagi memastikan kita tidur lena, namun sumbangan mereka semakin hari semakin dilupakan, dihargai jauh sekali.”

“Yang pasti, andaipun suatu hari nanti mereka tiada lagi di dunia ini, semangat mereka akan terus kekal dan tak akan mati.”

Seorang lagi unsung hero yang kita semua tak tahu. Sekurang-kurangnya dengan perkongsian ini dapat kita mengenang jasa beliau.

 

Baca : Blossom Wong: Bekas Perisik PDRM Ala-ala James Bond

Bw