in

Sukarelawan Urus Jenazah Covid-19 Terduduk Sebak, Tak Sangka Perlu Kebumi Ibu Sendiri

Collage 13

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Macam yang semua tahu, apabila seseorang meninggal kerana Covid-19 urusan pengebumian perlu dibuat mengikut SOP yang ditetapkan dan diuruskan sendiri oleh unit pengurusan jenazah yang dilantik.

Sebagai seorang sukarelawan, Abdul Razak telah pun menguruskan ratusan jenazah sebelum ini. Namun, terpaksa melalui detik sukar bila dia sendiri perlu mengebumikan jenazah ibunya yang meninggal akibat wabak itu.


Menurut FMT, ibu Razak telah menghembuskan nafasnya yang terakhir di rumahnya di Seksyen 20 Shah Alam dan dia hanya mengetahui mengenai berita tersebut selepas dihubungi kakak iparnya.

Abang kemudian bergegas membawa emak ke Hospital Shah Alam dan doktor mengesahkan kematian pada 4 pagi semalam dengan menyatakan puncanya adalah Covid-19 pneumonia.

“Kira-kira 4 petang pada hari emak meninggal dunia, saya ada menghubunginya menerusi panggilan video dan nampak keadaannya yang lesu tetapi tak sangka arwah akan pergi serta disahkan positif Covid-19.”

Ibu nyatakan hasrat mahu anak iringi jenazah

Walaupun sedih dengan pemergian ibunya, Razak bernasib baik kerana dia merupakan sukarelawan Pengurusan Jenazah Covid-19 (PJC-19), dan telah diberikan kebenaran untuk menguruskan jenazah ibunya dengan dibantu lima petugas lain sekaligus melunaskan hasrat ibunya.

51628613093 Abdulrazak

Arwah emak pernah menyatakan hasratnya dan harapan supaya anaknya dapat mengiringi jenazahnya ke tanah perkuburan seandainya meninggal dunia.

“Alhamdulillah, saya dapat tunaikan permintaannya malah berpeluang menatap wajahnya dan mengiringi perjalanan terakhirnya sebelum ke negeri abadi.

“Detik paling sebak dan buat saya ‘terduduk’ adalah ketika mahu memasukkan jenazah emak ke liang lahad kerana tahu itu kali terakhir dapat melihatnya.”

Bukan itu sahaja, adik beradik dan ahli keluarganya yang lain juga turut dapat menyaksikan pengebumian ibunya melalui siaran langsung di Facebook.

 

Baca: Kerana Kesempitan Hidup, Ibu Terpaksa Biarkan Jenazah Anak Umur 3 Bulan Semalaman Sebelum Dikebumikan

Screenshot 2021 08 11 At 2.56.37 Pm

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.