in

Kerana Kesempitan Hidup, Ibu Terpaksa Biarkan Jenazah Anak Umur 3 Bulan Semalaman Sebelum Dikebumikan

Ft Jenazahanak

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Bayangkan kesedihan dilalui ibu ini yang terpaksa menunggu semalaman untuk menguruskan jenazah si anak berusia tiga bulan kerana kesempitan hidup.


Perkongsian Pengasas NGO tempatan, Rumah Ngaji, Laili Basir di Facebook mendapat perhatian dan menjadi viral sejak semalam. Berdasarkan posting itu, Laili berkata dia telah menerima panggilan daripada salah seorang kru Rumah Ngaji yang memaklumkan ada seorang ibu meminta bantuan agar mayat bayinya diuruskan.

Difahamkan ini masuk hari ke-2 tapi masih belum dikebumikan. Keluarga ini terlalu miskin. Bapanya dalam penjara. Ibunya tak tahu nak baut apa-apa dan tak ada apa-apa sekarang.”

Ibunya sedang menghadapi kemurungan yang sangat dahsyat sekarang.”

Bayi3

Bayi2

Bayi1

Menurut Harian Metro, kejadian itu berlaku di sebuah rumah setinggan Kampung Bangau-Bangau, Semporna, Sabah dan pihak Rumah Ngaji dengan bantuan tiga ustaz kampung berkenaan membantu menguruskan jenazah bayi terbabit.

Ibunya tinggal menumpang di rumah itu bersama seorang lagi anak perempuannya berumur dua tahun.”

Kejadian disedari seorang sukarelawan kita yang lalu di situ dan melihat ibu berkenaan menangis, bila ditanya dia memaklumkan bayinya sudah meninggal dan dia tidak mampu menguruskannya kerana tidak ada apa-apa.”

Jenazah

Jenazah selamat dikebumikan kira-kira jam 1.30 tengah hari semalam dan difahamkan, ibu terbabit ada meminta bantuan daripada beberapa orang sebelum kejadian itu. Suaminya menjalani hukuman penjara selama setahun kerana masalah dadah jadi pihak Rumah Ngaji membantunya dengan barangan asas untuk dua bulan serta bantuan lain yang bersesuaian.

Baca: Menyedihkan! Tunggu Nak Bersalin, Ketika Itu Juga Jenazah Suami Sedang Dibedah Siasat di Hospital Sama

Ft Ibutunggal

Sumber: Facebook
Sumber: Facebook
Sumber: Facebook
Sumber: Harian Metro

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.