in

Suka Main IQ Test Kat Facebook? Hati-hati Sebab Lelaki Ni Kena Paksa Bayar RM180 Untuk Dapat Result!

Kuiz

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Rasanya kebanyakan daripada kita memang suka main kuiz online yang mana korang boleh tahu tentang personaliti diri lah, mencari hidden talents ataupun test IQ korang.


Kadang-kadang benda ni kita main untuk isi masa lapang je, tapi sekarang korang kena hati-hati sebab ada manusia berhati busuk dah mula scam orang menggunakan kuiz IQ test ni!

 

Jawab 20 soalan IQ test untuk suka-suka, mula rasa pelik bila minta detail kad kredit  

Menurut WORLD OF BUZZ, semua ni bermula apabila seorang lelaki bernama Liu, 45 tahun dari Singapura nampak iklan pasal IQ test ketika dia tengah scroll Facebook. 

Beware Man Requested To Pay Rm270 For Results After Playing Iq Test On Facebook World Of Buzz
Liu mengenang nasib | sumber: wob

So macam biasalah, mana-mana orang kalau dah nampak pasal kuiz-kuiz ni mesti korang gatal tangan nak tekan kan? Jadinya, Liu pun jawablah 20 soalan IQ test tersebut sampai ke akhir.

Kemudian pada akhir kuiz, dia diminta untuk isi personal details dengan harapan jawapan kepada soalan itu akan dihantar ke emailnya.

Namun dia kemudian rasa agak pelik pula bila kuiz tu meminta details kad kreditnya sebab sebelum tu IQ test tersebut tak pernah pulak cakap dia kena bayar kalau nak dapat jawapan. Demi untuk elak kena bayar, Liu cepat-cepat keluar dari page tersebut.

 

Dapat ‘surat cinta’ minta bayar RM180 untuk dapat result kuiz

Tup-tup tak ada angin, tak ada ribut tiba-tiba Liu terima surat daripada AG Collection Agency yang meminta dia bayar SGD59 (RM180) jika mahu dapatkan result daripada kuiz tersebut. 

Menurut surat itu, mereka juga sudah ada invois untuk IQ test tersebut bersama dengan cara-cara bagaimana hendak membayarnya melalui Paypal dan sijil yang berkaitan dengan IQ itu. Pulakkk!

Beware Man Plays Iq Test On Facebook Gets Charged Rm180 For Results World Of Buzz
sumber: wob

Sungguhpun Liu tak memasukkan detail kad kreditnya pada kuiz tersebut dan dia pun dah tak nak result IQ test tu, pihak agensi tersebut tetap memaksanya untuk membayar kerana dia telah buat kuiz tersebut sampai habis.

 

“Final warning. Kamu ada masa 5 hari untuk bayar amaun ditetapkan. Kalau tidak…” 

Fed up dengan apa yang berlaku, Liu cuba tak endahkan email tersebut. Tapi sehingga hari ini, dia telah mendapat lebih kurang 4 ke 5 email dalam masa 2 bulan yang mengugut dia supaya membayarnya.

Kalau tidak, mereka akan membawa kes ini ke mahkamah dan agensi kutip hutang! Adoi mak aii! 

Beware Man Plays Iq Test On Facebook Gets Charged Rm180 For Results World Of Buzz 2
sumber: wob

Apa-apapun mujurlah Liu dah buat laporan polis dan pihak berkuasa sedang menyiasat tentang hal ini. Dengarnya scam jenis ini sedang hangat berlaku di Singapura dan bagi mereka yang tinggal di sana, hati-hati okay?

Harap-harap tak berjangkit ke Malaysia pulak lah scam jenis macam ni! 

Baca: “Aku doa mu mati eksiden belake” – Anak Bengang Scammer Tipu Duit Mak Ayahnya Hampir RM16,000 Untuk Beli Oven Konon Harga RM4000

Ma

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.