Selalunya kalau berkaitan kes scam ni, warga emaslah yang kerap menjadi mangsa kerana mereka senang terpedaya dan tak berapa faham tentang teknologi masa kini.
Lebih menyedihkan lagi apabila hampir kering akaun bank warga emas ini dibuatnya seperti satu kes yang berlaku di Kuala Terengganu baru-baru ni.
Menerusi perkongsian di Facebook, seorang lelaki mendedahkan penipuan yang dialami ibu bapanya hingga melibatkan wang sejumlah RM16,000! Wow bukan sikit-sikit tu!
“RM16K ye swipe pakai bank kad orang tua mok ayoh ambe, jahak sungguh-sungguh. Aku doa mu mati eksiden blake!”
Menurut anak mangsa, scammer ini menjalankan operasinya di kawasan Astaka dan Mydin Terengganu. Semuanya bermula apabila ibu dan bapanya ditawarkan cabutan bertuah di Mydin Kuala Ibai dan memenangi air purifier dan air fryer yang berjenama.
Tetapi tak semena-mena syarikat tu tawarkan microwave yang berharga RM4299. Tanpa berfikir panjang si mangsa terus bayar guna ATM melalui mesin MBF.
Sanggup datang ke rumah mangsa konon untuk batal pembelian tapi…
Lepas mangsa syak macam ada penipuan dalam pembelian (tak logik oven murah harga sampai RM4000 kan?), dia pun nak batalkan pembelian. Demi nak scam punya pasal, scammer ni sanggup datang ke rumah dan minta mangsa serahkan kad ATM untuk swipe kali yang kedua.
Tapi scammer ni tipu kononnya transaksi tak berjaya dan tipu berkali-kali lagi sampailah warga emas ni kehilangan berbelas ribu ringgit. Adoi!
“Dorang ni dari dulu dah. Konon cabutan bertuah. Yang jadi mangsa mak ayah kita”
Nampaknya kes scammer ni dah ramai yang tau dan target mereka memang dekat orang-orang tua je. Yelah kan, orang tua mana nak tahu sangat bab-bab menipu ni.
Bagi anak-anak kat luar sana, pastikan korang periksa kalau ada orang nak datang jual-jual benda kat mak ayah korang ni. Takutlah scammer macam ni.