“Suka hati dia je” – Kesat Bontot Dalam Surau, Kucing Ini Buat Netizen Terhibur

Rocket WOBIkuti kami untuk berita viral setiap hari:



Kucing adalah satu haiwan yang penuh misteri. Banyak perilaku kucing yang kita rasakan comel dan tak kurang juga buat kita rasa annoying dengan perangainya.

Kali ni admin nak share pasal seekor kucing yang masuk ke dalam surau dan kesat bontot dia dekat atas karpet. Kalau korang tertanya-tanya macam mana si kucing tu buat, korang cuba tengok video yang dikongsi oleh @adeknad99 di akaun Twitter miliknya.

 

Suka hati dia je

Kelakar weh, memang kelakar. Tapi rasa geli gak dia buat macam tu. Memang lah nampak comel tapi geli weh. Kesian sapa yang akan sujud dekat situ nanti.

Luar biasa skill garu bontot kucing tu. Suka hati dia je kesat bontot dekat karpet. Karpet surau pulak tu. Eeee admin geli.

Habislah sapa yang sujud dekat situ nanti. Dapat pulak imam baca panjang. Jenuh nak menahan nafas macam lama macam tu.

Eh mana tahu kucing dekat rumah tak buat macam tu. Kot time takde orang dekat rumah habis seluruh karpet dia kesat kan. 

Jentik sikit loceng dia. Ajar dia sikit jangan suka hati nak kesat bontot dekat karpet. Melekat najis dekat situ. 

 

Baca: “Baiknya penduduk sana”- Netizen Lega Semua Kucing Di Pulau Okishima Terselamat Dari Taufan Hagibis

 

Rocket WOBIkuti kami untuk berita viral setiap hari:

Ditulis oleh Fahmy Rosli

Seorang Chef, pendengar muzik indie tanah air dan peminat tegar Kugiran Hujan. Optimis dan berwawasan. Motto hidup; “Mana ada perjuangan yang patah”.