in

“Baiknya penduduk sana” – Netizen Lega Semua Kucing Di Pulau Okishima Terselamat Dari Taufan Hagibis

Untitled Collage 52

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Amukan Taufan Hagibis, atau lebih kedengaran seram — Typhoon No. 19, telah mengorbankan sekurang-kurangnya 24 penduduk, selain mengakibatkan ratusan ribuan kediaman di seluruh Jepun terputus bekalan elektrik.


Ia disifatkan sebagai badaian ribut taufan terburuk dalam tempoh 60 tahun, hinggakan Jabatan Meteorologi Jepun bersungguh-sungguh memberi amaran awal kepada orang ramai sejak Rabu minggu lalu lagi.

Bayangkan betapa bersiap sedianya teknologi ramalan cuaca Jepun!

Apa pun, dalam pada kita risau dan khuatir dengan keadaan penduduk di sana ketika ini — ada lagi satu kumpulan makhluk hidup yang turut tidak terlepas daripada menjadi subjek kerisauan di satu sudut paling istimewa hati kita, iaitu meow-meow.

18Okyg

Kalau korang baca entry kami yang disiarkan semalam, orang ramai bimbang sekiranya taufan tersebut akan melintasi Pulau Okishima — yang dihuni oleh mahkluk berbulu ini, sehingga ia diberi gelaran sebagai Pulau Kucing!

Tidak banyak manusia yang menghuni pulau itu, justeru tidak hairanlah mengapa warga pencinta kucing begitu bimbang akan keselamatan mereka sewaktu taufan membadai Jepun semalam.

Tapi, korang tak perlu risau lagi gais sebab ada seorang pengguna Twitter berkongsi maklumat bahawa semua haiwan tersebut sebenarnya sudah pun diselamatkan dan dibawa berpindah ke lokasi lebih selamat.

72142482 3288079627900797 1530887981093617664 N

72205089 3288079724567454 4177982200857231360 N

72482567 3288079791234114 1814492376819826688 N

72479508 3288079851234108 6759547786758193152 N

Sayu je tengok semua bulus dalam kotak tu kan? Alahai, lega hati diorang terselamat.

Arigato gozaimas kepada semua insan mulia yang telah menyelamatkan kucing-kucing ini, dan kami berdoa Jepun akan kembali pulih semula seperti sedia kala dalam masa terdekat ini serta bersimpati kepada mangsa-mangsa yang kehilangan ahli keluarga mereka dalam taufan tersebut.

Mae muki ni ne!

 

Baca: Taufan Hagibis Bakal Landa Okishima – Pulau Yang Hanya Didiami Populasi Kucing

Japans Famous Okishima Cat Island Is At Risk Of Being World Of Buzz 6 1

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.