in

“Sudah-sudah la dato, pegi jumpa psikiatri” – Sedih Difitnah Netizen, Aliff Syukri ‘Menangis Air Mata Darah’ Dalam Video Klip Terbaru

Aliff Syukri 1

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Selepas kecoh isu dera anak angkat minggu lepas, Datuk Seri Aliff Syukri semalam katanya bakal melancarkan single terbaru yang berjudul ‘Ingin Bahagia’ yang akan dikeluarkan pada Jumaat atau Isnin depan ni.

Menerusi posting IGTV di Instagram, teaser video klip lagu tersebut dah pun dimuat naik dan yang menarik perhatian netizen ialah aksi Aliff Syukri yang dilihat menangis air mata darah di dalam klip tersebut. Fuh berhamburan air mata merah dia tu! 


https://www.instagram.com/tv/B9jtdLCpfbq/?igshid=94si32r9odhg

 

“Ketika saya difitnah orang mengecam melampau-lampau dan saya terdiam bukan sebab bersalah tetapi…” 

Caption di IGTV tersebut seakan-akan meluahkan isi hati Aliff yang sedih akan perkara yang menimpanya pada ketika ini.

Menurut Aliff, bukan sengaja dia ingin mendiamkan diri berkaitan isu yang sedang berlaku, namun dia hanya mahu pihak berkuasa menjalankan tugas mereka dengan sebaik-baiknya.

Tambah Aliff lagi, dia hanya mampu memohon doa dan kekuatan daripada Allah untuk terus tabah melalui dugaan yang menimpanya kini.

“Lagu baru teaser sy… ketika sy di fitnah org mengecam melampau2 dan sy terdiam bukan sebb bersalah ttpi biar pihak berkuasa yg menjalankan tugas. kalau bukan salah sy biarkan korang tnggung nanti… saya sedih .. apa pun sy maaf kan sahaja. 

“Bagi sy.. Tiada benda lain di dalam dunia ini yang paling berharga iaitu kebahagiaan.. Ya ALLAH Ya Tuhanku, Engkau kuatkanlah Hati aku, Engkau kuatkanlah Iman aku sebaiknya.

“Aku sentiasa tabah untuk meneruskan kehidupan ini. Dan Engkau berikanlah aku kebahagiaan kerana tiada benda yang paling penting selain kebahagiaan.” 

Alip Sukri Nangis Darah

 

“Daripada buat video tak berfaedah baik buat video minta maaf” 

Walau bagaimanapun, teaser yang dimuat naik Aliff ini tidak mendapat sokongan netizen ramai malah mereka mengecam tindakan Aliff yang dilihat sangat membuang masa.

Dalam pada tu, ramai juga mengakui yang konsep video klip ini seakan-akan meniru penyanyi antarabangsa Billie Eilish. Halamak… 

Tok Alip

Haih min pun tak tahu lah nak komen apa lagi. Apa-apapun kita tunggu je lah ye video klip terbaru yang bakal keluar tu. Harap tok aliff janganlah stress sampai keluar air mata darah tu. 

Baca: “Nak cari duit Youtube jangan budak jadi mangsa” – Jutawan Kosmetik Disyaki Pukul Anak Angkat Dengan Kasut, Geram Menangis Masa Rakam Video

Anok

Sumber: Instagram
Sumber: Instagram

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.