in

Sudah Dirobohkan, Netizen ‘Throwback’ Kenangan Manis Di Stadium Shah Alam

Sa 15

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Salah satu stadium terbesar di Malaysia, Stadium Shah Alam dilaporkan sedang dalam proses perobohan sejak semalam (2 Mei 2024). Difahamkan, tujuan dirobohkan adalah bagi memberi laluan kepada pembinaan Kompleks Sukan Shah Alam (KSSA) yang pastinya lebih lengkap dengan pelbagai fasiliti.

Sa 6
Sumber: bernama

Guna jentera, ambil masa setahun

Kerja-kerja perobohan itu dilakukan oleh kontraktor Malaysia Resources Corporation Berhad (MRCB) selepas mendapat kelulusan daripada Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA), lapor BERNAMA.


Artikel bekaitan: Pertama Kali Ke Stadium Selepas Insiden Simbah Asid, Kehadiran Faisal Halim Gamatkan Stadium

Artikel berkaitan: Tular Kisah Abang Rambut Perang Menangis Dekat Stadium, Ada Pihak Nak Bagi Motor Baru Selasa Depan?

Sa 8
Sumber: bernama

Proses tersebut dijangka mengambil masa setahun dan dilakukan secara konvensional menggunakan jentera untuk meminimumkan habuk dan bunyi. Stadium yang memuatkan kapasiti 80,372 orang itu bakal diganti semula dengan kompleks sukan yang baharu dan moden berkapasiti 35,000 sehingga 40,000 orang.

Selain itu, kompleks sukan yang dijangka akan siap pada tahun 2026 itu bakal memiliki padang boleh alih (retractable pitch) yang pertama di Malaysia, pusat latihan serta kemudahan canggih lain yang bertaraf dunia.

Netizen throwback kenangan

Bagaimanapun, stadium yang dibina pada tahun 1991 itu pasti mempunyai kenangan manis dan pahit bagi peminat bola sepak tanah air. Menerusi hantaran di Facebook, rata-rata netizen mengimbau kembali kenangan mereka menonton perlawanan bola sepak.

Sa 1 Sa 2

Sa 3

Bagaimanapun, ada netizen lain bersetuju Stadium Shah Alam sebelum ini tidak diselenggara dengan baik menjadi punca ia ditutup pada tahun 2020. Mereka berharap agar komples sukan yang akan dibina selepas ini dapat mengekalkan kemudahan terbaik untuk sebarang perlawanan bola sepak.

Sa 4 Sa 5

Sedih bila baca komen netizen…

Sumber: Facebook, Astro Awani

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.