Kapten Cape Verde iaitu Ryan Mendes dilaporkan sedang disiasat oleh polis New Zealand berikutan dengan dakwaan jenayah rogol yang melibatkan seorang wanita warga Brazil.
Menurut laporan media, pemain sayap yang berusia 36 tahun itu dikatakan melakukan serangan seksual tersebut kepada mangsa pada Mac lalu.
Artikel berkaitan: Kenali Vozinha, Penjaga Gol Cape Verde Berumur 40 Tahun Yang Berjaya Buat Sepanyol ‘Tersekat’
Artikel berkaitan: UAI Dedah 6 Jersi Piala Dunia Yang Mempunyai Lambang Salib & Tak Digalakkan Dipakai Oleh Umat Islam
Mendes yang kini sedang mengetuai Cape Verde mara ke pusingan 32 terbaik Piala Dunia yang dijadualkan mengetuai pasukannya menentang juara bertahan Argentina, pada Sabtu ini di Miami Gardens.
Mangsa yang dikatakan bekerja bersama pasukan itu ketika siri Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA) sebelum ini dilaporkan ada memberitahu bahawa Mendes telah memaksanya masuk ke bilik sebelum mangsa dirogol.
Namun begitu, sehingga kini Mendes masih lagi belum didakwa atas sebarang kesalahan jenayah. Dalam pada itu, Polis New Zealand mengesahkan bahawa siasatan kini masih lagi diteruskan.

Dalam pada itu pihak Persekutuan Bola Sepak Cape Verde pula tidak memberikan sebarang respon apabila pihak media meminta mereka untuk mengulas perkara tersebut.
Di samping itu, jurucakap FIFA dalam satu kenyataan media berkata, badan induk bola sepak dunia kini sedang memandang serius setiap dakwaan salah laku.
“FIFA mengambil setiap dakwaan salah laku dengan amat serius dan mempunyai prosedur yang jelas bagi mana-mana individu dalam bola sepak yang ingin melaporkan sesuatu insiden.”
“Sebagai amalan, badan kehakiman bebas FIFA tidak akan mengulas mengenai dakwaan yang mungkin diterima atau tidak diterima, termasuk sama ada siasatan sedang dijalankan. Sebarang maklumat akan dimaklumkan mengikut budi bicara mereka.”
“FIFA juga sedang berhubung dengan pihak berkuasa New Zealand, namun kami tidak dapat memberikan sebarang komen lanjut pada peringkat ini.”
Mendes kini beraksi dalam kesemua 3 perlawanan peringkat kumpulan Cape Verde di Piala Dunia dan kekal sebagai pemegang rekod penampilan terbanyak negara itu dengan 101 perlawanan selain menjaringkan 22 gol.
Sumber : Harian Metro
