in

Tular Kisah Abang Rambut Perang Menangis Dekat Stadium, Ada Pihak Nak Bagi Motor Baru Selasa Depan?

Ft Abang Rambut Perang Dapat Motor

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Nampaknya ‘Abang Rambut Perang’ atau nama sebenarnya Derrick Gan, 30, telah menarik perhatian banyak pihak sehingga ada yang sudi untuk menyumbang sebuah motosikal jenis Honda RS150 kepada Derrick.


Penyumbang, Ahmad Alhafiz Najmi menyuarakan hasrat itu setelah meminta sokongan daripada netizen untuk mendapatkan 10,000 perkongsian tanpa meminta sebarang wang tunai.

Artikel berkaitan : Tular Menangis Ketika Raikan Gol Malaysia, Rupanya Ini Kisah Di Sebalik Tangisan Abang Rambut Perang

Artikel berkaitan : Gara-Gara Jaring Gol Kemenangan, Instagram Pemain Malaysia Diserang Warganet Indonesia

“Saya tak minta dana atau kutipan dari kalian, saya hanya minta sokongan tanda setuju dari kalian. Andai kata post (hantaran) saya ini capai 10,000 perkongsian, saya berikan sebiji Honda RS150 pada abang Derrick Gan yang sanggup menjual Yamaha LC135 5s miliknya.

“Tanda sokongan kita pada beliau. Derrick Gan tidak patut hanya diberi pujian, beliau patut diberi penghargaan.”

Screenshot 2024 01 26 180744

Tanpa diduga, perkongsian tersebut telah meraih sebanyak 14,000 perkongsian dalam masa 3 jam! Disebabkan itu, proses penyerahan motosikal jenis Honda RS150 itu pada Selasa depan.

“Saya masih lagi di Borneo, Ahad penerbangan balik Semenanjung. Isnin saya sibuk ada kerja, Selasa kita uruskan penghantaran.”

“Siap tukar nama, geran halal. Tuan badan nak jual balik motor ini pun tak ada masalah, dah jadi hak milik sendiri, saya tak masuk campur. Terima kasih semua, rezeki tuan badan, semoga kita semua sihat sejahtera. Terima kasih juga buat Ahmad Motorworks, Izan Pa’an.”

Sebelum ini, kisah anak jati Bandar Hilir, Melaka ini menjadi perhatian rakyat Malaysia selepas dia sanggup menjual motosikalnya demi menyaksikan perlawanan akhir Kumpulan E antara Malaysia menentang Korea Selatan saingan Piala Asia 2023 di Stadium Al Janoub, Qatar semalam.

Sumber : Kosmo!

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.