in

Hanya Tayang Muka Sahaja Di Iklan Piala Dunia, David Beckham Kaut Untung RM102 Juta

Ft David Beckham

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

David Beckham mencuri tumpuan selepas wajahnya paling menonjol di televisyen sepanjang musim kejohanan Piala Dunia ini hasil kemunculan dalam bermacam-macam iklan yang disiarkan semasa perlawanan tersebut berlangsung di Amerika Syarikat, Kanada dan Mexico.

Bekas kapten England berusia 51 tahun itu, muncul dalam beberapa iklan jenama utama seperti Pepsi, McDonald’s, Lay’s, Stella Artois, Home Depot, Bank of America, Verizon dan Adidas.


Wajahnya dikatakan kerap muncul semasa dan pada sebelum perlawanan disiarkan, waktu rehat separuh masa hinggalah kepada rehat hidrasi.

Artikel berkaitan: Bukan Keluarga Beckham Je, Ini 4 Selebriti Yang Rupanya ‘Tak Ngam’ Dengan Keluarga Sendiri

Artikel berkaitan: ⁠Perhubungan Semakin Dingin, Anak Hantar Notis Peguam Terhadap David Beckham

Biarpun perlawanan tersebut dianggap sebagai satu pendedahan yang melampau sehingga mengganggu dan menjejaskan tumpuan ketika perlawanan, Beckham dilihat telah menemui satu platform yang memberikan untung banyak untuk aktiviti penajaan jenama.

Waktu rehat hidrasi pada asalnya diperkenalkan agar pemain boleh minum air dan menyejukkan badan, namun kini ia telah menjadi topik pendebatan.

Screenshot 2026 07 01 160849

Para peminat berpendapat bahawa ia telah mengubah bola sepak sebagai satu kesempatan buat produk televisyen yang seolah-olah memecahkan perlawanan kepada 4 suku masa berbanding 2 separuh masa seperti biasa.

Dalam suasana tersebut, Beckham dilihat sebagai jurucakap ideal untuk pengiklan gergasi dan dianggarkan Beckham meraih lebih kurang £19 juta (RM102 juta) hanya daripada pengiklanan berkaitan Piala Dunia.

Pakar ekonomi sukan, Patrick Rishe, memberitahu bahawa Beckham masih kekal sebagai antara beberapa figura antarabangsa yang mampu menarik perhatian pelbagai kelompok penonton.

Screenshot 2026 07 01 161810

Selepas beraksi di Piala Dunia untuk tahun 1998, 2002 dan 2006, beliau kemudiannya menyertai LA Galaxy pada tahun 2007 dan beliau telah membantu untuk menghidupkan semula populariti bola sepak dalam kalangan peminat Amerika. Beliau kemudian menjadi pemilik bersama Inter Miami, kelab yang membawa Lionel Messi ke MLS.

Sumber : Harian Metro

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.