in

Suami Tembak Isteri Sebab Tak Puas Hati Isteri Mintak Cerai Lepas Keluar Penjara, Rupa-rupanya…

Collage 5

Dahsyatnya, rupa-rupanya dekat Iraq, kalau berzina boleh kena penjara…

Macam wanita ini, dia telah dihukum penjara selama setahun setengah selepas dia didapati bersalah melakukan hubungan sulit dengan lelaki lain di belakang suaminya.

Menurut Mirror, bila wanita ini keluar dari penjara, pasangan ini failkan penceraian. Namun, pada Ahad lalu, selepas dorang menghadiri perbicaraan sesi keempat mereka, tiba-tiba suami wanita ini mengeluarkan pistol dan menembak mati isterinya di tempat parkir kereta mahkamah.

Images
Gambar hiasan

Ketua polis mengesahkan kejadian ini dan mengatakan yang lelaki tersebut telah di tahan di tempat kejadian dan didakwa dengan tuduhan membunuh.

“Siasatan mendapati, selepas suami ini ditahan, dia mengatakan punca dia menembak isterinya kerana dia tak puas hati sejak isterinya dijatuhkan hukuman sebab curang dengannya.”

Ketua Pengarah Hak Wanita Kurdish dan Iran, Diana Nammi meluahkan rasa marah dan tak puas hati dengan tindakan lelaki tersebut.

“Saya rasa marah sejurus selepas saya dengar berita tersebut. Kami memang mengutuk pembunuhan seperti ini. Dia dah pun dihukum penjara selama satu setengah tahun atas kesalahannya.”

Bila dia dilepaskan dari penjara, dia pergi minta cerai di mahkamah sebab dia tak boleh nak buat macamtu dalam penjara. Lepastu dia kena tembak?”

Lebih teruk lagi, kalau korang nak tahu, Diana mengatakan yang bapa wanita ni sokong tindakan menantunya itu! Eee tak ada siapa yang layak dibunuh dengan cara macam ni tau!

 

Baca: “I love you” – Lelaki Tergamak Bunuh Isteri Sendiri Sebab Teringin Nak Kahwin Dengan Adik Ipar

Screenshot 2019 09 04 At 4.11.39 Pm