in

“I love you” – Lelaki Tergamak Bunuh Isteri Sendiri Sebab Teringin Nak Kahwin Dengan Adik Ipar

Collage 38

Seorang wanita sempat ucap “I love you” pada suami sebelum dia dibunuh dengan kejam semasa anak-anak dorang tengah tidur.

Menurut Mirror, ibu kepada dua orang anak Fathima Yusuf telah diserang dengan ganas dan dicekik semasa dia sedang tidur di rumah mereka di Australia.

Kalau korang nak tahu, Fathima dan suaminya Ahmed Seedat dah bersama selama 8 tahun tapi Seedat ini tak pernah setia dan selalu langgan pelacur selama bertahun-tahun.

Pada 31 Ogos lepas, Seedat membuat keputusan untuk bunuh isterinya dengan memukul kepala wanita itu menggunakan besi pembuka skru tayar kereta, walaupun wanita ini tersedar semasa hentakan pertama tapi dia tak dapat mempertahankan diri dari dipukul berkali-kali selepas itu.

0 Fahima Yusuf

Tak cukup dengan itu, menurut mahkamah, Seedat telah mencekik Fathima sebelum tanam mayatnya di lubang yang telah siap digali oleh kontraktor di laman belakang rumah. Suami ini memberitahu kontraktor tersebut yang lubang itu adalah untuk kolam renang anak-anaknya.

Selepas isterinya mati, Seedat telah membuat penipuan untuk menutup ‘kehilangan’ Fathima dengan memberitahu kawan-kawan dan jiran yang isterinya telah terbang ke UK untuk buat pembedahan mata.

Fathima dilaporkan hilang empat hari selepas kematiannya dan keesokan harinya, pihak polis menemui mayat wanita malang ini.

Seedat kemudian ditahan dan didakwa membunuh isterinya pada September tahun lepas dan mengaku bersalah pada Januari.

Semasa pendengaran kes, mahkamah diberitahu yang Seedat memberitahu polis, semasa dia memukul isterinya hingga mati, wanita itu sempat ucap “I love you”.

L

Hakim Fiannaca memberitahu Seedat, ucapan itu menunjukkan mangsa merasa takut dan terdesak untuk menyuruh dia berhenti membunuhnya.

“Ia menunjukkan rasa takut dan terdesak dia supaya awak berhenti membunuhnya. Si mati mesti dalam keadaan takut.”

Kalau korang nak tahu, Seedat kena tangkap lepas pihak polis jumpa carian di internet beberapa minggu sebelum pembunuhan.

Lelaki kejam ini telah Google beberapa perkara termasuk “cara tanam kucing”, “cara hapuskan mayat”, “cara tanam orang hidup-hidup” dan “tempat paling sesuai untuk serang seseorang”.

K 3

Selain itu, pihak polis turut menemui mesej di antara Seedat dan adik isterinya.

Pihak pendakwa raya mengatakan Seedat dan adik iparnya berkawan tapi dia mahu hubungan mereka untuk menjadi lebih dari itu kerana lelaki ini juga pernah Google “Boleh tak kahwin dengan abang ipar kalau kakak mati dalam Islam”.

Pembunuh tak berhati perut ni juga sempat menyalahkan arwah isterinya semasa ditangkap. Dia mengatakan yang perkahwinannya dah lama musnah kerana isterinya sering ‘menderanya’ dan dia menyerang Fathima kerana wanita menjadi sexually aggressive terhadapnya.

Ahmed Seedat telah dijatuhkan hukuman penjara seumur hidup tanpa peluang untuk keluar awal selama 23 tahun.

Dalam banyak-banyak cara nak berpisah, kenapa pilih bunuh?

 

Baca: Demi Nak Curang, Suami Sanggup Cekik Isteri Hamil Sampai Mati dan Bunuh Dua Anak Perempuan

Screenshot 2019 05 28 At 10.37.14 Am