in

“Dia pun curang juga” – Wanita Tak Boleh Terima Suami Mengandungkan Perempuan Lain, Lepas Tu…

Komplot Bunuh Suami

Banyak betul kes curang zaman sekarang. Lepas tu jadi banyak ke cerai pula disebabkan tu. Tapi, pasangan ni bukan bercerai sebaliknya hubungan mereka berakhir dengan salah seorang daripada mereka mati.

Menurut Tribun, seorang wanita Indonesia bernama Rina telah berkomplot dengan lelaki bernama Meo untuk membunuh suaminya. Sebelum kejadian, suami Rina, Andi Saputra, 31, telah membuat pengakuan yang dia telah mengandungkan seorang wanita.

Pasangan
gambar hiasan

Rina, 31, terus mengamuk dan minta diceraikan namun Andi tidak mahu melepaskannya. Disebabkan itu, Rina telah memberi arahan kepada Meo untuk menghabiskan nyawa Andi. 

Ketika kejadian, Meo, 34, telah memecah masuk ke rumah pasangan tu dan mengambil satu bantal. Dia kemudian mendekati Andi yang tengah tidur di sebelah Rina.

Tanpa berlengah, Meo terus menikam Andi sehingga berlumuran darah dan Rina di sebelah hanya mendiamkan diri. Bila dah bunuh tu, Rina terus keluar sambil kendong anak mereka dan minta pertolongan.”

Katil2
gambar hiasan

Menurut pihak polis pada mulanya Rina berkata dia tidak tahu siapa yang membunuh suaminya dan dia cuma nampak pembunuh itu memakai topeng.

Selepas disiasat barulah terbongkar bahawa Rina juga sebenarnya curang dengan suami dan Meo tu adalah teman lelaki dia. Mereka bekerja di sebuah kilang dan Rina sering mengadu tentang masalah rumah tangga kepada Meo.

Selepas dibicarakan, hakim menjatuhkan hukuman penjara 13 tahun kepada Rina manakala Meo pula dijatuhkan hukuman penjara selama 15 tahun.

S2
gambar hiasan

Pada awalnya mereka sepatutnya dihukum penjara selama 15 dan 17 tahun namun dikurangkan dua tahun masing-masing kerana mengaku bersalah membunuh Andi.

Senang je buat keputusan nak bunuh orang kan dorang ni? Kan tak pasal gelap masa depan…

Baca: “Kau dah ada 12 anak dengan aku!” – Pemandu Bas Kantoi Curang Kena Belasah Dengan Isteri Depan Orang Ramai

Kena Belasah Isteri